Perkongsian video TikTok oleh penyanyi dan pelakon, Sophia Liyana baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila menampilkan dirinya bersama tiga selebriti popular iaitu Daiyan Trisha, Yaya Zahir dan Azira Shafinaz melakukan trend tarian di dalam sebuah bilik air semasa percutian mereka di Thailand.
Walaupun video itu jelas dimuat naik bagi berkongsi detik gembira sesama rakan, sesetengah netizen tidak senang dengan penampilan selebriti-selebriti berkenaan yang dianggap terlalu seksi, apatah lagi kesemua mereka merupakan wanita Muslim.
@sophialiana ❤️ @Azira Shafinaz @Daiyan Trisha @YayaZahir ♬ original sound – Passm3theaux
“Yang dah pergi umrah tu pun paling seksi,” komen seorang pengguna.
Ada juga yang menzahirkan rasa kecewa dan menegur agar para selebriti menjaga imej dan maruah sebagai figura awam yang beragama Islam.

Namun begitu, tidak semua komen berbentuk negatif.
Ramai juga yang memuji kecantikan dan keakraban mereka berempat, serta menyokong kebebasan mereka untuk bersantai dan bergembira ketika bercuti. – BOOM!



![[V] “Dah Buat Umrah Tapi…” – Penampilan Daiyan Trisha & Rakan Selebriti Dalam Tarian TikTok Dikecam](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/07/DAIYAN-FEATURE-750x375.png)






