Kejayaan filem animasi Netflix, KPop Demon Hunters, terus mencipta sejarah apabila barisan pelakon suaranya yang dikenali sebagai HUNTR/X diumumkan bakal menjadi penyampai di acara berprestij MTV Video Music Awards (VMAs) 2025.
Berita ini disahkan menerusi pengumuman rasmi MTV di media sosial pada 3 September.
Antara yang bakal tampil ialah penyanyi EJae, Raye Ami, dan Audrey Nuna, ketiga-tiganya artis Korea Amerika yang menggalas watak utama dalam filem berkenaan.
“We are all incredibly excited and thrilled to be presenting at the VMAs this year.
See you all at the awards show this Sunday!” kata EJae penuh teruja.
Dalam filem arahan Maggie Kang dan Chris Appelhans itu, EJae membawakan suara watak Rumi, ketua kumpulan, manakala Raye Ami dan Audrey Nuna masing-masing menghidupkan watak Zoey dan Mira.
Selain lakonan suara, mereka turut menyumbangkan beberapa lagu popular untuk runut bunyi filem, termasuk “Golden”, “How It’s Done” dan “Takedown”.
Lagu “Golden” khususnya mencatat pencapaian luar biasa apabila mengekalkan kedudukan nombor satu carta utama Billboard Hot 100 selama tiga minggu berturut-turut.
Sejak ditayangkan, KPop Demon Hunters mencetuskan fenomena global dengan rekod sebagai filem paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix.

Kini, dengan langkah seterusnya di pentas MTV VMAs, HUNTR/X terus membuktikan pengaruh mereka bukan sahaja dalam dunia animasi, tetapi juga dalam industri muzik antarabangsa. – BOOM!



![[V] Bintang Suara HUNTR/X Bakal Jadi Penyampai Anugerah Di MTV VMAs 2025](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/09/HUNTRX-FEATURE-750x375.png)





