Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] Bergelar Usahawan, Nynaa Harizal Nafi Berhenti Berlakon – “Berehat Sekejap…”

22/03/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Exposé
[V] Bergelar Usahawan, Nynaa Harizal Nafi Berhenti Berlakon – “Berehat Sekejap…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Nynaa Harizal menafikan akan memperlahankan kerjaya seninya selepas bergelar seorang ahli perniagaan.

Nynaa ketika ditemui BOOM! berkata, dia tidak akan meninggalkan dunia lakonan sebaliknya mengambil keputusan untuk berehat seketika kerana mahu memberi fokus kepada perniagaan.

Nynaa Harizal

Tambahan lagi katanya, dia juga perlu memberikan lebih komitmen kepada cahaya mata sulungnya buat masa ini.

“Tak adalah, saya tidak akan berhenti berlakon, cuma perniagaan adalah sesuatu yang sudah lama saya impikan. Cuma buat masa sekarang, fokus saya di sini dahulu, berehat sekejap daripada dunia seni.

“Saya akan kembali, tetapi biarlah masa yang menentukan kerana selain perniagaan saya juga perlu memberikan sepenuh perhatian kepada puteri saya, Zara Arianaa.

“Zara masih kecil dan sudah tentu dia memerlukan perhatian secukupnya daripada saya. Insya-Allah jika semuanya dah betul-betul teratur nanti saya akan kembali semula ke set penggambaran,” katanya.

Nynaa ditemui ketika majlis pelancaran produk sulung jenamanya sendiri, ‘Her Beauty’ di The Face, Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Dalam pada itu Nynaa turut mengulas mengenai desas-desus mengenai suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas sudah tidak membenarkan dia kembali berlakon.

“Saya akan pujuk suami saya kemudian. Buat masa sekarang saya fokus pada anak dan perniagaan dahulu, lepas pujuk nanti mesti dia benarkan saya kembali,” katanya ketawa.

Nynaa berkata, dia juga telah menolak beberapa tawaran berlakon kerana mahu memberi keutamaan kepada dua perkara tersebut.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai ‘kerjaya’ baharunya Nynaa berkata dia telah memilih untuk membina empayar sendiri dan mahu pergi lebih jauh.

“Secara jujurnya, saya teruja dalam masa sama gementar untuk memulakan perniagaan ini, tambahan lagi bidang ini sangat baru buat diri saya.

“Saya tahu bergelar usahawan juga bukan sesuatu yang mudah, tetapi saya percaya dengan sokongan semua impian untuk berjaya dalam bidang ini akan terlaksana. Kalau boleh saya mahu pergi lebih jauh,” katanya.

Membuka langkah pertama sebagai usahawan dalam bidang kosmetik, Nynaa telah memperkenalkan produk rawatan bibir intensif pertamanya, Fire & Ice Lip Booster Serum.

“Dicipta dengan teknologi tinggi, Lip Booster ini juga bertindak sebagai plumper bagi memberi solusi bibir mungil berseri dengan efek anjal serta-merta kepada pengguna.

“Saya sendiri sudah mencubanya selepas melalui semua proses penyelidikan dan pembangunannya. Selepas berpuas hati dengan hasilnya barulah kami putuskan untuk dijual kepada orang ramai pula.

“Yang penting selepas ini tak perlu lagi mungilkan bibir dengan suntikan botox! Lebih selamat menggunakan Lip Booster ini, tanpa jarum, selamat dan tidak sakit,” katanya.

Produk rawatan bibir Fire & Ice Lip Booster Serum boleh dibeli menerusi laman web rasmi di www.herbeauty.com.my atau platform media sosial Instagram @myherbeauty atau Tiktok @myherbeauty ataupun melalui ejen dan stokis berdaftar. – BOOM!

Previous Post

[V] Buat Parti ‘Gender Reveal’, Emma Maembong Bakal Timang Bayi Lelaki Lagi!

Next Post

[V] Puteri Sarah Sah Fail Hak Penjagaan Anak-anak – “Kes Semalam Tu Pun Tiba-tiba Kan?”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Impian Beraksi Diiringi Orkestra Tercapai, Cakra Khan Wujudkan Kenangan Indah Di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Dong-wook Bawa MY SWEET HOME Ke Asia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd