Rumah pelakon dan usahawan, Baim Wong di Tanah Kusir, Jakarta Selatan, turut terjejas akibat banjir besar yang melanda Jabodetabek pada Selasa (4 Mac).
Walaubagaimanapun, Baim tetap tenang menikmati sahur meskipun air sudah memasuki beberapa bahagian rumahnya.
Dalam video yang dimuat naik di Instagram, dia kelihatan duduk santai sambil makan nasi goreng dengan tenang, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Kayaknya ada yang beda, mungkin nasi gorengnya kurang banyak,” selorohnya dalam kapsyen.
Baim juga sempat menggerakkan kakinya untuk menunjukkan keadaan air yang sudah memasuki rumahnya sambil berseloroh, “Sahur sahur!”
Video tersebut menarik perhatian ramai, termasuk selebriti Luna Maya yang terkejut dengan situasi tersebut.
“Hah kok bisa banjir Im???” tanya Luna dalam ruangan komen.
Baim menjelaskan bahawa kawasan rumahnya memang mudah dilanda banjir jika hujan terlalu lebat, tetapi ini kali pertama air masuk ke dalam rumahnya.
“Emang di sini banjir kalau hujan parah. Baru sekali ini nih,” jawabnya.
Reaksi santai Baim menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya, ada yang kagum dengan sikap positifnya, tidak kurang juga yang mendoakan agar banjir segera surut. – BOOM!



![[V] Baim Wong Tenang Bersahur Walaupun Rumah Dinaiki Air](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/03/BAIM-FEATURE-750x375.png)






