Sebuah video Atta Halilintar menjadi imam solat tarawih tular di media sosial, mencuri perhatian ramai.
Momen itu berlaku ketika Atta menghadiri majlis berbuka puasa dan silaturahmi anjuran Hasan Ayatullah. Selepas berbuka, Hasan beberapa kali memujuk Atta untuk menjadi imam tarawih sambil memakaikan mikrofon kepadanya.
@w4ti2127 MasyaAllah semoga menjadi orang yang lebih baik setiap hari nya, Aamiin #attahalilintar #ahhaberbagi ♬ suara asli – waty2127
Pada awalnya, suami Aurel Hermansyah itu kelihatan sedikit keberatan, namun akhirnya bersetuju.
Rakaman yang dikongsikan oleh seorang jemaah wanita di TikTok hanya memperdengarkan suara Atta ketika memimpin solat, tetapi ramai yakin bahawa itu memang suaranya.
“Cuman di sini salat diimamin Atta Halilintar aaakkk,” tulis kapsyen dalam video tersebut.
@w4ti2127 Membalas @kurniahidayati8 pasti deg degan ya papatta ,apa lagi ada para habib, tetap luar biasa kok papatta #attahalilintar ♬ suara asli – waty2127
Keadaan di kediaman Hasan Ayatullah itu turut dipenuhi ramai jemaah, termasuk beberapa habib yang turut bersolat di belakang Atta.
Momen Atta menjadi imam telah meraih pelbagai reaksi netizen, dengan ramai yang memuji dan mengagumi kebolehannya mengimamkan solat tarawih. – BOOM!