Persembahan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu, mencetuskan bualan hangat di media sosial selepas satu rakaman video menampilkan aksinya tular baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Mas Idayu yang kini berusia 53 tahun tampil dengan busana glamor sambil bergelek ketika menyanyi.
@azrul_azharMummy Mas Idayu buka kasut ye…♬ original sound – Azrul_Azhar
Selain persembahan solo, beliau turut berduet dengan penyanyi Farez Adnan menerusi lagu Air Titik Ke Batu.
Namun, penampilannya mendapat pelbagai reaksi bercampur daripada netizen, terutama kerana imejnya kini yang sudah berhijab.
Ada yang terhibur dengan persembahannya, tetapi tidak kurang juga yang tampil menegur cara pemakaiannya.
“Aku yang perempuan ni pula malu tengok,” komen seorang pengguna.
Menerusi ruangan komen, ada yang menyuarakan rasa kurang senang dengan pakaian ketat yang dikenakan Mas Idayu meskipun bertudung.
@azrul_azharSuka part ni bunyi gambus lirik air titik ke batu ke sy salah…heheheheh♬ original sound – Azrul_Azhar
Segelintir lain pula menyifatkan persembahan itu sekadar hiburan, namun ada juga yang menasihatkan beliau agar memperlahankan rentak serta menjaga batas penampilan sebagai artis wanita berhijab.
“Sekadar hiburan, tapi harap Mas Idayu lebih berhati-hati.
Penampilan juga jadi contoh untuk peminat,” tulis seorang lagi netizen.


Walau bagaimana pun, Mas Idayu kekal menjadi antara penyanyi dangdut legenda tanah air yang sering menarik perhatian setiap kali tampil di pentas, sama ada melalui vokalnya mahupun gaya persembahannya yang bertenaga. – BOOM!
Sumber: TikTok



![[V] “Aku Yang Perempuan Pun Malu Tengok” – Bertudung Tapi Baju Ketat, Mas Idayu Dikritik Netizen?](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/09/MAMI-FEATURE-750x375.png)





