Jurulatih kecergasan terkenal, Tareq Fit, menempelak tindakan bapa kepada pempengaruh cilik Abang Aji, iaitu Mohd Redzuan Zainol, kerana menggunakan isu perkauman terhadap dirinya dalam satu video TikTok.
Tareq menyuarakan kekesalannya selepas digelar ‘warga asing’, hanya kerana menegur secara terbuka keadaan fizikal Abang Aji yang disifatkan boleh memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak lain.
@tareqfit video pada kau Habibi Ayah budak comel( abg aji ❤️) #fypmalaysiatiktokviralmalaysia #fypmalaysiatiktokviral #fypmalaysiatiktok❤️ ♬ original sound – TAREQ FIT
“Aku warga asing? Ya, aku orang Arab dan aku berbangga.
Tapi kenapa perlu guna isu bangsa untuk balas orang lain?” katanya tegas.
“Kalau kau tak boleh terima teguran aku, terpulang. Tapi jangan jadi racist,” tambahnya.
Tareq turut menekankan bahawa Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk membeza-bezakan manusia berdasarkan kaum atau warna kulit.
“Tak ada beza antara Arab, Mat Salleh, Melayu atau India.
Yang Allah lihat hanyalah taqwa, akhlak dan iman,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Tareq berkata beliau kurang senang dengan konten yang sering melibatkan Abang Aji kerana bimbang ia akan menjadi normalisasi kepada gaya hidup tidak sihat dalam kalangan kanak-kanak.

“Kau kata itu lakonan, tapi budak lain yang tengok tak tahu.
Mereka mungkin ikut sebab tengok anak kau comel, famous dan influencer,” ujarnya.
Tambahnya, tindakan berkongsi kandungan seperti itu boleh menyumbang kepada masalah kesihatan dalam masyarakat.
Tareq turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan fizikal Abang Aji yang didakwa sudah menyukarkan pergerakan hariannya sebagai seorang kanak-kanak.
“Anak kau masih kecil, kesian dia. Susah nak main, susah nak bernafas.
Kau kata badan dia macam tu sebab susu, jadi kurangkanlah susu,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Tareq menegur secara terbuka mengenai berat badan berlebihan Abang Aji, dan menyifatkannya sebagai satu isu yang patut diberi perhatian oleh ibu bapa.
@wan.belida.1 Sekian ulasan hari ini #bangaji ♬ bunyi asal – wan belida 1
Mohd Redzuan kemudiannya menjelaskan bahawa segala kandungan yang dimuat naik hanyalah sekadar hiburan dan pemakanan anaknya tetap dipantau. – BOOM!



![[V] “Aku Warga Asing? Ya, Aku Bangga” – Tareq Fit Tempelak Bapa Abang Aji](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/07/TARIQ-FEATURE--750x375.png)






