Pelakon Aprena Manrose kembali menjadi perhatian warganet selepas berkongsi video percutian bersama saudara-maranya, termasuk Nelydia Senrose di TikTok.
Dalam video tersebut, Aprena tampil bergaya dengan baju lengan panjang dan kain labuh, lengkap dengan aksesori rantai.
@aprenamanrose_official Talian darah @Nelydia @Amiesyha Ismail #bloodsisters #bali #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bloodline – nick ୨୧
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilannya yang tidak lagi bertudung, sebaliknya hanya mengenakan topi dan membiarkan lehernya terdedah.
Penampilan itu mengundang pelbagai reaksi, termasuk dakwaan bahawa Aprena kini kembali ‘free hair‘.
Ada netizen yang menyindir secara halus, “Circle dia tu tak sihat,” merujuk kepada pengaruh saudara-maranya seperti Nelydia dan Uqasha Senrose yang sebelum ini juga pernah bertudung, namun kini tidak lagi.

Dalam masa sama, ada yang berharap kakak Aprena, iaitu pelakon Octovia Manrose tidak terikut jejak yang sama.
Isu penampilan Aprena bukanlah perkara baru. Sebelum ini, peminat sudah mula perasan perubahan imejnya apabila dia tampil dengan tudung yang semakin singkat dari semasa ke semasa. – BOOM!


![[V] “Akhirnya Terbang Juga..” – Aprena Manrose Free Hair Semula?](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/06/APRENA-FEATURE-750x375.png)





