Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] Air Mata Andmesh Kamaleng Jatuh Terkenang Mendiang Ayah Dan Ibu, Plenary Hall Turut Berduka

07/06/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Eksklusif, Konsert
[V] Air Mata Andmesh Kamaleng Jatuh Terkenang Mendiang Ayah Dan Ibu, Plenary Hall Turut Berduka

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Air mata Penyanyi Andmesh Kamaleng tumpah ketika mendendangkan dua buah lagu yang didedikasikan kepada mendiang ibu bapanya pada konsert Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur (KL)di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre di, pada malam Ahad lalu.

Suasana pilu bermula apabila Andmesh, menyanyikan lagu Luka yang didedikasi kepada mendiang ayahnya, Yes Kamaleng dan Hanya Rindu untuk mendiang ibunya Bernadeta Laure.

Air mata penonton turut mengalir bersama getaran vokal Andmesh dan bertambah sayu apabila Andmesh turut menjemput dua adiknya, Echy dan Inda Kamaleng yang datang jauh dari Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia, naik ke pentas dan memeluknya sepanjang persembahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Dan ketika menyanyikan dua buah lagu tersebut, foto kenangan mendiang bapa dan ibu turut dimainkan pada layar.

“Saya mencintai muzik kerana ayah. Waktu kecil dia akan marah saya sekiranya salah bermain keyboard atau bernyanyi. Namun mama akan bela saya. Mereka begitu luar biasa.

“Walaupun mereka sudah tiada, tapi saya yakin, saat ini mereka sedang menonton saya ‘dari atas sana’,” katanya.

Keheningan konsert bertukar ceria apabila Andmesh membuat panggilan video kepada sahabatnya yang juga penyanyi terkenal, Mahalini.

Dia turut menyanyikan lagu popular Mahalini yang berjudul Sial, hasil ciptaan mereka bersama dengan Mohammed Kamga.

Terdahulu, pentas dibuka dengan persembahan pembukaan oleh tiga penyanyi tanah air iaitu Aisha Retno, Arddley Nicholas dan Daniesh Suffian.

Andmesh kemudiannya mengambil alih pentas dengan mendendangkan lagu Kumau Dia, Bisa Tanpamu, Jangan Lupakan Aku dan lagu ciptaannya untuk Diva Indonesia, Rossa, Terlalu Berharap.

Sementara itu, dia yang popular dengan lagu Cinta Luar Biasa itu menyifatkan rakyat negara ini sebagai individu yang jujur dan tulus.

“Sejujurnya saya berasa sangat senang dapat bertemu dengan orang Malaysia kerana mereka jujur dan tulus, harapnya dapat kembali lagi ke sini.

“Sepanjang menyanyi di Malaysia, saya rasa setiap lagu diberikan apresiasi, terima kasih,” ujarnya.

Dalam konsert yang berlangsung selama dua jam itu, pemilik nama Jeandmesh Antonio Kamaleng, 26, ini berjaya menambat hati para penonton malam itu dengan karya-karya hebatnya yang lain seperti Anugerah Terindah, Andainya Kau Datang Kembali, Jangan Rubah Takdirku, Jangan Semudah Ini, Sampai Tua Nanti, Tiba-Tiba, Senyumlah dan Nyaman.

Andmesh mengakhiri konsert dengan menyanyikan lagu Cinta Luar Biasa. Lebih menarik, lagu ini dinyanyikan bersama-sama penonton yang hadir diikuti dengan percikan api dan ‘confetti’.

Datuk Seri Siti Nurhaliza, Marsha Milan dan Bella Astillah adalah antara artis yang hadir menyaksikan konsert bertemakan Cinta itu yang dibawakan khas oleh Kharisma Music Talent. – BOOM!

Previous Post

Azhar Risaukan Leona | Ahmad Nawab Bergelar Tan Sri | Anne Ngasri Minta Nasihat Darling

Next Post

Dah Sedap…Tak Mahu Tanggungjawab, Sikit Masa Lagi Identiti Artis Ini Akan Didedahkan!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kumpulan Pelawak Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd