Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, berkongsi perjalanan penuh liku membesarkan tiga anaknya tanpa kehadiran seorang ayah sejak 17 tahun lalu.
Menerusi satu video di TikTok, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 47, meluahkan rasa syukur walaupun kehidupannya tidak mudah selepas rumah tangganya bersama bekas suami, Norman Hakim, berakhir pada 2009.
@abbyabadi.exclusive Tak mudah… tapi syukur Alhamdullillah.. Sy ada ALLAH 17tahun berlalu.. Skrg Danish dah 22 tahun. Dania nak masuk 20 July ini. Baby Danisha nak masuk 17 September nanti.. Mmmmm… bila dimbas kembali.. Banyak ye yg hal2 hebat yg Sy lalui.. & yg paling hebat, bila ALLAH hantar ujian, ALLAH hadirkan sekali kekuatan pada Sy…. Terima Kasih ALLAH ❤️ Rindu sebenarnya pada Arwah Mak, Ayah.. yg sama2 menjaga anak3 ini masa dorg kecik2 dulu.. AlFatihah buat Mak Ayah #AlFatihah ♬ Arah Sejati (“Keajaiban Air Mata Wanita” Original Motion Pictures Soundtrack) – Fadhilah Intan
“Bila mama papa berpisah waktu anak-anak masih kecil, bukan senang sebenarnya untuk dilalui kerana mereka tidak faham apa-apa ketika itu,” katanya.
Ujarnya, dia hanya mampu bertahan kerana sokongan keluarga dan arwah ibunya yang banyak membantu menguruskan anak-anak ketika mereka masih kecil.
“Saya bersyukur, masa tu ada arwah mak, ayah, abang dan kakak yang tolong jaga sama-sama.
Ada juga kawan baik yang sanggup teman ke mana-mana.
Tak mudah, tapi Alhamdulillah, saya ada Allah,” luahnya.
Kini, anak sulungnya Danish sudah berusia 22 tahun, Dania 20 tahun dan si bongsu Danisha pula bakal menginjak usia 17 tahun.

“Bila imbas kembali, banyak hal-hal hebat yang saya lalui,” tambah Abby penuh syukur.
Dalam perkongsian sama, Abby turut memohon maaf kepada anak-anaknya kerana merasakan dirinya belum cukup sempurna sebagai seorang ibu.
“Maafkan mama tak cukup sempurna untuk jadi mama yang hebat.
Yang boleh buat semua perkara, yang boleh selesaikan semua hal.
Terima kasih Allah,” luah Abby lagi.
Untuk rekod, Abby dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2002 dan dikurniakan tiga cahaya mata. Mereka bercerai pada 2009.
Pada Ogos 2015, Abby mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Muhammad Faizal Zakaria. – BOOM!



![[V] Abby Abadi Luah Rasa Sebak – “Maafkan Mama Tak Sempurna”](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/06/ABBY-FEATURE-750x375.png)






