Konsert Legacy 30 Datuk Siti Nurhaliza membuktikan kehebatan figura seni negara itu masih mempunyai taring meskipun sudah tiga dekad dalam industri muzik.

Persembahan yang berlangsung penuh emosi dan magis itu mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang hadir dari pelbagai generasi.
Menerusi hantaran peminatnya di Threads, Siti melayan kerenah peminat-peminatnya sambil mengimbau kembali perjalanan seninya.

Apa yang mencuri perhatian ialah reaksi peminat yang berseloroh mencadangkan agar Siti menggunakan payung terjun dari helikopter untuk konsert pada masa akan datang..

Siti membalas hantaran tersebut dengan bersahaja menyatakan jika konsert seumpama itu diadakan 20 tahun lalu, mungkin beliau masih mampu menggalas tekanan sebesar itu.
“Saya ada anak kecil pak encik… kalau 20 tahun lalu saya buat,” katanya.
Siti mengadakan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari lalu sebagai simbol legasi, dedikasi dan cintanya terhadap peminat yang terus setia menyokong kerjayanya hingga ke hari ini. – BOOM!








