Belum reda kisah perceraiannya, aktres Uqasha Senrose sekali lagi menjadi sorotan warganet.
Kali ini, Uqasha mendakwa suaminya, Kamal Adli, telah memanipulasi tarikh nikah perkahwinan mereka dan dia hanya mengetahui perkara tersebut apabila ingin memfailkan perceraian.

Melalui hantaran di Instagram, ibu anak satu itu mendakwa dia dinikahkan pada 5 November 2021, namun tarikh yang tertera pada sijil nikah adalah 4 November 2021.
Susulan itu, Uqasha meminta pendapat orang ramai sama ada pernikahan tersebut sah atau tidak menurut hukum Islam.
“Allah maha besar, masya Allah satu lagi (permasalahan). Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 jam 9 pagi.
Tetapi pada sijil nikah tulis 4 November 2021 jam 9.30 malam. Allahuakhbar, adakah sah perkahwinan ini? Tanpa pengetahuan bakal isteri. Sah ke? Cukup ke syarat sah kahwin?”

Tambahnya lagi:
“Selama ini aku diperbodohkan seluruh keluarga dan bapa saya dimanipulasi untuk kata sah sebab ada wali.
Ustazah dan ustaz mohon tolong saya.”

Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang berpendapat bahawa pernikahan itu masih sah selagi memenuhi syarat sah nikah dalam Islam.
— Boom!









