Pelakon popular, Uqasha Senrose, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan cerai kali pertama hari ini.

Uqasha hadir ke mahkamah sekitar jam 9 pagi, namun kelibat suaminya, pelakon Kamal Adli, tidak kelihatan ketika prosiding berlangsung dan hanya diwakili peguam.

Aktres itu sebelum ini mengundang spekulasi rumah tangga bergolak apabila memuat naik hantaran di media sosial yang membayangkan dirinya sedang berdepan kemelut.
Dalam hantaran tersebut, Uqasha seolah-olah memberi bayangan bahawa dirinya sedang melalui fasa emosi yang sukar.

Bukan setakat itu, pasangan selebriti berkenaan juga tidak lagi saling mengikuti di Instagram, sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai status hubungan mereka.
— Boom!









