Cef sensasi dunia Gordon Ramsay menyebabkan semua tetamu menitis air mata dengan ucapan menyentuh hati semasa majlis perkahwinan anak perempuannya, Holly Ramsay, dengan perenang Olimpik Adam Peaty di Bath Abbey.

Menurut adik bongsu pengantin perempuan, Tilly Ramsay, ucapan ayahnya sangat menyentuh emosi.
“Luar biasa melihat Holly dan Adam begitu gembira. Dan ya, ia adalah hari yang besar untuk kami semua.

Ramsay, 59 tahun, berkongsi menjadi ayah kepada tiga anak perempuan, pasti akan mengimpikan detik mengiringi anak mereka semaasa bekwhinitu.
“Apabila detik itu tiba, ya, anda memang bercampur baur perasaan,” dan menambah, “Tetapi ucapan itu sempurna. Ia berjalan lancar, dan ia mesti hangat, emosional, ya, ia memang tugas yang mencabar.”

Selepas upacara rasmi, Holly bertukar ke gaun perkahwinan ibunya daripada tahun 1996 untuk majlis makan malam sambil lagu “Take A Chance On Me” oleh ABBA dimainkan.

Majlis yang turut dihadiri selebriti terkenal seperti Sir David Beckham dan Lady Victoria Beckham itu hangat menjadi perbualan ramai, bukan hanya kerana ucapan Gordon, tetapi juga kerana ada ahli keluarga Peaty yang tidak hadir akibat pertikaian dalaman. -Boom!









