Perkongsian Ubai, suami kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, di platform Threads mencuri perhatian ramai apabila dia mendedahkan sedang melakukan kerja sampingan sebagai penghantar barang.
Ubai berkata dia cukup seronok melaksanakan tugas itu di sekitar Putrajaya kerana suasana yang tenang dan aman.
“Seronok juga layan Lalamove dalam Putrajaya ni.
Jalan aman, hantar barang pun kat orang-orang gomen,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji usaha Ubai yang sanggup bekerja keras demi menyara keluarga.

Mereka juga menyifatkan tiada pekerjaan yang hina selagi ia dilakukan dengan cara halal.
Malah, ramai turut mendoakan agar keluarga kecil Shila dan Ubai sentiasa murah rezeki serta bahagia hingga ke syurga. – BOOM!
Sumber: Threads










