Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Tunggu Masa Lahirkan Anak Kedua, Neelofa Harap Privasi Dihormati

17/06/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Tunggu Masa Lahirkan Anak Kedua, Neelofa Harap Privasi Dihormati

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Hanya menunggu masa sahaja untuk melahirkan cahaya mata kedua, selebriti dan usahawan, Noor Neelofa berharap agar privasinya dihormati.

Enggan kejadian lalu berulang, Neelofa sekali lagi memohon agar menghormati pendirian mana-mana ibu bapa yang belum bersedia mempamerkan wajah anak untuk tatapan pengikut dalam media sosial.

“Bukan saya sahaja, anak orang luar pun ada yang tak mahu kongsikan anak di sosial media ataupun bergambar, sama juga seperti saya.

“Penting untuk kita menghormati keputusan yang ditetapkan oleh ibu bapa di luar sana untuk anak mereka.

“Sebelum ini, sebelum saya mendedahkan wajah Bilal saya tidak pernah halang pun sesiapa yang nak tengok dia jika bawa dia bersiar-siar di luar.

“Cuma saya minta wajahnya tidak didedahkan, tetapi ia di luar kawalan dan akhirnya terdedah juga, itu yang saya maksudkan sebagai privasi yang diceroboh,” katanya.

Menurut Neelofa, untuk anak kedua ini pun dia akan mengekalkan konsep sama, akan berkongsi wajah bayinya kepada umum tetapi pada masa yang sesuai.

“Penyakit ain ini bukan sahaja terjadi pada anak pertama sahaja, anak kedua pun saya akan ambil masa untuk berkongsi, macam Bilal saya tak kongsikan rutin harian dia tapi ada masa tertentu sahaja tunjuk.

“Bukanlah nak sorok atau tak mahu orang lain tengok wajah anak, bukan begitu. Adalah sebab-sebabnya dan kita percaya secara realitinya adalah sah.

“Jika ada ibu bapa lain yang mendengar pendapat ini, saya percaya mereka juga bersetuju bahawa ia adalah hak masing-masing,” ujarnya.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Disney X Naelofar, di The Starhill, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Neelofa berharap kehadiran cahaya mata kedua ini dipermudahkan dan meminta orang luar menghormati keputusannya sekeluarga.

“Kali ini janganlah over sangat, buat kelakar atau bahan lawak. Saya akan hargai kalau orang diluar sana boleh hormati keputusan kami untuk simpan dahulu, bila masa sesuai kita akan tunjukkan,” harapnya.

Terdahulu, Neelofa pernah menjadi perhatian warganet apabila memilih untuk tidak berkongsi wajah anak pertamanya, Muhammad Bilal selama 10 bulan.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari 2022. – BOOM!

Previous Post

MK, Siti Haajar Bernikah | Azhar Sulaiman Naik Hantu | Punggung Sophia Albarakbah Terdedah

Next Post

Terkilan Anak Dibuli Netizen, Sharifah Sakinah Bagi Amaran – “Cakap Buruk Pasal Aku Tak Apa, Tapi Bukan Budak Kecil!”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd