Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Tuah Saya Ada Ramai Kenalan Melayu” – Badarsila Beri Kelebihan Buat Suki Low

16/12/2021
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Ekstra, Exposé, Hiburan
“Tuah Saya Ada Ramai Kenalan Melayu” – Badarsila Beri Kelebihan Buat Suki Low

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Hampir sedekad mendirikan rumah tangga, karier nyanyian juara One In A Million (OIAM) musim pertama iaitu Suki Low dilihat semakin pudar tanpa adanya produk terbaharu.

Namun penyertaannya dalam program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) baru-baru ini nyata menyalakan semula sinar kerjayanya yang sebelum ini kelam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suki Low (@iamsukilow)

Berbicara tentang hal itu, Suki atau nama penuhnya Low Sook Yee, 30, menerangkan, biarpun tiada single dikeluarkan sejak berkahwin, namun dia masih aktif menyanyi memenuhi undangan yang diterima.

“Memang betul, sejak saya kahwin, karier nyanyian sedikit perlahan tetapi itu tidak bermakna saya telah meninggalkan bidang ini.

“Apatah lagi apabila dikurniakan tiga orang anak, keutamaan saya diletakkan kepada keluarga berbanding dunia nyanyian.

“Pada masa sama, saya juga menjalankan bisnes. Saya ada sebuah bakeri yang menjual makanan pastri serta menawarkan khidmat berkaitan,” jelasnya.

Tampil mempersembahkan lagu Badarsila milik Datuk Seri Siti Nurhaliza pada minggu keempat, Suki membuktikan keupayaannya menguasai irama asli Melayu tanpa ada cacat cela.

Malah kecemerlangan Suki mendapat pujian daripada barisan juri profesional termasuk Ramli MS yang menyifatkan penyanyi berbangsa Cina itu wajar dicontohi oleh artis lain.

Mengulas komen juri, Suki mengatakan, dia bersyukur kerana mempunyai ramai kenalan berbangsa Melayu dan mereka dijadikan rujukan seandainya memerlukan pertolongan.

“Dari zaman OIAM lagi saya praktikkan cara yang sama dengan meminta tolong daripada kawan-kawan Melayu.

“Syukur sangat sebab kesemua juri suka dengan persembahan saya dan berharap dapat kekalkan momentum ini untuk minggu-minggu mendatang,” kata anak jati Seremban, Negeri Sembilan itu.

Suki menambah, personalitinya yang dikatakan hambar di pentas GV8 akan diperbaiki dari semasa ke semasa demi mempertingkatkan mutu persembahannya.

“Minggu lalu Bonda Hetty kata saya ada masalah personaliti biarpun mempunyai vokal yang mantap.

“Tak dinafikan, di arena seni suara, ada penyanyi yang dilabel studio singer dan stage singer.

“Bonda kata saya kategori penyanyi studio sebab apabila menyaksikan nyanyian saya, tiada yang memberangsangkan.

“Saya akur dan terima kritikan itu. Hari ini ketika mempersembahkan Badarsila, tak sangka saya berjaya buktikan kredibiliti yang mereka mahukan,” katanya berbangga. – BOOM!

Previous Post

“Kau Kenapa Nak Perasan K-Pop Sangat?” – Pertaruhkan Kan Kan, Zarol Zarif Dikata Syok Sendiri

Next Post

“Juri Lebih Arif” – Terima Anugerah Khas, Pengarah Filem Geran Hormat Keputusan FFM31

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kekasih Bella Hadid Ditangkap Kerana Mabuk Di Tempat Awam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd