Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Tonjol Bakat Pengarahan, Sentuhan Sulung Luqman Hafidz Sarat Ilmu – “Santai Tetapi Sampai”

05/11/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Drama, Ekstra, Selebriti
Tonjol Bakat Pengarahan, Sentuhan Sulung Luqman Hafidz Sarat Ilmu – “Santai Tetapi Sampai”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Asalnya sekadar minat, kemudian terbit rasa ingin mencuba, namun tidak disangka-sangka, impian untuk duduk di kerusi pengarah mampu direalisasikan, maka lahirlah ‘bayi’ sulung bernama Astana.

Begitulah titian cita-cita dipasang oleh aktor kacak, Luqman Hafidz yang berkongsi cerita mengenai keinginan mendalam untuk menjadi seorang sutradara.

Bertemu dengannya ketika pratonton drama pendek sebanyak enam episod bertajuk Astana Mini Series, bintang Ola Bola itu mempamerkan bakat pengarahannya buat julung kali di hadapan media.

Luqman merupakan sutradara untuk Astana.

“Peluang duduk di kerusi pengarah sebenarnya adalah satu perancangan jangka masa panjang yang saya atur untuk terus bertahan dalam industri seni.

“Saya cipta peluang tersebut sebagai tiket jaminan masa depan. Kebetulan, saya memang minat dengan pelbagai elemen yang melengkapi sesebuah naskhah.

“Ia termasuklah dari aspek skrip, lakon layar, sinematografi, kostum, solekan, kesan khas dan serba-serbi berkaitan bidang penerbitan,” akuinya pada sidang akhbar selepas tamat tayangan episod satu Astana Mini Series.

Berkongsi detik awalnya terlibat dengan kerja-kerja di belakang tabir, Luqman bercerita, peluang tersebut hadir tatkala mula berkenalan dengan penerbit drama pendek itu iaitu Dr Tengku Afiq Bukhari yang merupakan pemilik sebuah klinik gigi.

Luqman bersama barisan pelakon Astana.

Tambahnya, hubungan mereka bermula sebagai pesakit dan doktor sahaja dan tidak diduga ia menjadi titik mula kerjaya lakonannya selama ini beralih ke satu fasa baharu.

“Sambil menjalani proses rawatan gigi, kami berbual-bual dan ada menunjukkannya sebuah filem pendek hasil arahan saya.

“Rentetan itu, dia terus menyatakan minatnya untuk bekerjasama, sekali gus menawarkan peluang ini bagi menghasilkan sebuah naskhah berkait rapat dengan dunia pergigian.

“Topik kesihatan dan pergigian pada awalnya memang kedengaran terlalu ilmiah, namun Dr Afiq menerangkan yang dia inginkan sebuah karya santai tetapi sampai.

“Maksudnya, biarpun isu yang diketengahkan itu berat untuk dikupas, tetapi dengan garapan bersahaja dan tidak mendesak, ia akan jadi ringan serta mudah diterima,” maklumnya kepada BOOM!.

Menonton hasil kerja seni aktor berusia 31 tahun itu, tidak dinafikan sentuhan sulung graduan lepasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkenaan boleh dikagumi.

Astana Mini Series boleh dikatakan langsung tidak menekan penonton untuk menelaah seterusnya memahami ilmu-ilmu pergigian yang diketengahkan, malah Luqman berjaya menyampaikan ‘ilmu berat’ itu secara relaks.

Siri mini tersebut dibintangi oleh Luqman, Nas-T, Cik Manggis, Dr Syed Ridzwan, Naqiu Muhd, Sara Ali, Beto Kusyairy, Mustapha Kamal, Pablo Amirul dan Ezzaty Abdullah.

Penggambaran Astana Mini Series mengambil masa selama enam hari di Bukit Jelutong, Shah Alam dengan kos produksi sebanyak RM70,000.

Naskhah tersebut mula ditayangkan menerusi saluran YouTube Astana Motion Studio bermula 1 November lalu. – BOOM!

Previous Post

[V] Berambut Pendek Macam Lelaki, Pak Guard Tegur Cik B Sebab Masuk Tandas Wanita

Next Post

PRU 15: Terdengar Bisikan Arwah Ibu, Diva AA Tarik Diri – “Tahyul Atau Merepek, Itu Mak Aku!”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Akui 2025 Tahun Duka Meskipun Rezeki Melimpah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KRU Umum Fasa Pembangunan Magika Studio Masuk Fasa Komersialisasi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Corrie Sampaikan Pesanan Kepada Mualaf Bertatu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ben Amir Kongsi Momen Kekasih Peluk Islam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Ditegur Netizen Lepas Buat Hidung, Nur Sajat Jelaskan Sebab Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd