Kumpulan popular era 90-an, TLC muncul mengejut sekali gus menyerikan hari peminat setia mereka, penyanyi Tish Period ketika sedang melakukan persembahan di sebuah kelab muzik di Saint Louis, Missouri, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Tish yang ketika itu sedang menghiburkan pengunjung dengan lagu TLC, Waterfalls terkejut apabila nyanyiannya itu kemudian turut disertai dua anggota TLC iaitu Chilli Thomas dan T-Boz Watkins.

Menggambarkan pengalaman itu satu detik yang menyeronokkan, Tish tidak menyangka dapat menyanyikan lagu tersebut bersama idola yang dikaguminya sejak dari dulu lagi.

TLC yang ditubuhkan pada tahun 1990 cukup terkenal dengan lagu-lagu hit seperti No Scrubs, Waterfalls, Unpretty. – BOOM!









