Selepas tiket konsert pertama mereka di Malaysia habis terjual dalam beberapa jam, kumpulan emo legenda dari Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR), kini mengumumkan satu lagi persembahan tambahan!
Konsert kedua dijadual berlangsung pada 1 Mei 2026 di lokasi sama, Stadium Nasional Bukit Jalil, sehari selepas persembahan pertama mereka pada 30 April.

Penganjur konsert, Hello Universe, telah mengesahkan berita gembira itu hari ini dan memaklumkan bahawa Malaysia merupakan satu-satunya lokasi di Asia Tenggara yang mendapat dua persembahan eksklusif daripada kumpulan ikonik ini.
Untuk rekod, pengumuman konsert pertama yang menjadi sebahagian daripada jelajah dunia mereka, “Long Live The Black Parade”, mencetuskan fenomena apabila tiket habis dijual hanya dalam beberapa jam selepas dibuka pada 11 Julai 2025.
Tiket untuk konsert kedua bakal mula dijual pada 1 Ogos 2025 melalui platform GoLive-Asia, dan pra-jualan turut akan ditawarkan kepada peminat yang berminat mendapatkan akses awal.
Sudah hampir dua dekad sejak kali terakhir MCR menjejakkan kaki ke Malaysia, dan kemunculan semula mereka jelas dinanti-nantikan oleh para peminat tempatan. – BOOM!









