Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Tiger Stripes, Melangkaui Dilema Remaja Datang Bulan

29/02/2024
BOOM!oleh BOOM!
in BOOM!, Filem
Tiger Stripes, Melangkaui Dilema Remaja Datang Bulan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Berkisar tentang seorang remaja perempuan bernama Zaffan (lakonan Zafreen Zairizal) yang datang haid buat pertama kali dalam hidupnya dan akibat ‘luar biasa’ daripada kejadian semula jadi tersebut, Tiger Stripes garapan pengarah Amanda Nell Eu sememangnya layak diangkat sebagai antara filem terbaik tempatan tahun lalu.

Kalau tidak, masakan naskhah bertemakan horror fantasi itu dipilih mewakili negara ke Academy Awards ke-96 bagi kategori kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik. Cuma sayangnya, tidak tersenarai dalam Top 5.

Pertama sekali, menyentuh tentang pengarahan, Amanda melunaskan tanggungjawab dengan baik. Penulis dapat rasakan semangat feminisme disuntik beliau cukup mendalam dalam Tiger Stripes.

Barangkali, kaum Adam mengambil enteng soal kedatangan haid yang dialami kaum Hawa. Ingin memastikan penjagaan sentiasa dalam keadaan bersih bukan mudah apatah lagi, andai kejadian itu adalah yang pertama berlaku dalam hidup seseorang remaja wanita.

Pengarahan ‘licik’ Amanda

Amanda bijak mencantumkan plot penceritaan. Misalnya, ada babak yang berkemungkinan membuatkan audiens hilang fokus, beliau isi atau tampal momen tersebut dengan adegan yang mengejutkan.

Penulis secara peribadi kadang-kadang ‘tertipu’ dengan gaya pengarahan sedemikian namun itu adalah approach atau pendekatan yang tidak semua pengarah mampu jalankan tanpa membuatkan penonton berasa dibohongi.

Dalam pada itu, Tiger Stripes juga mengangkat isu buli, tabu, (sedikit) keagamaan dan keibubapaan dengan cukup bergaya.

Dalam konteks buli, dapat dilihat menerusi karakter utama Zaffan yang dipulaukan rakan-rakan termasuk rakan baiknya, Farah (Deena Ezral) dan Mariam (Piqa) hanya kerana kejadian datang haid yang menjurus ke arah misteri lain iaitu dirasuk saka harimau.

Kontroversi agama dapat dilihat menerusi karakter Dr. Rahim (Shaheizy Sam), seorang yang berserban cuba memperkotak-katikkan agama demi kepentingan diri sendiri.

Isi tersirat, mesej kuat

Berbalik soal dua perenggan terdahulu di atas, sinergi lakonan antara watak Zaffan, Farah dan Mariam adalah apa yang membuatkan Tiger Stripes begitu ‘bernyawa’.

Rasa bagaimana tiga pelakon muda itu sudah lama mengabdikan diri dalam dunia lakonan. Bahkan, kualiti lakonan yang mereka cernakan adalah lebih baik daripada apa yang dicetuskan kebanyakan pelakon slot drama Akasia TV3. Natural, tidak ‘try hard dan selayaknya dipuji.

Kendatipun, ada yang kurang berpuas hati dengan ending atau penamat filem ini yang bagi penulis itu adalah pilhan atau pendapat peribadi masing-masing.

Barangkali apa yang ingin diterjemahkan pengarah adalah, jaga anak-anak gadis kita dengan baik jangan sampai menyesal di kemudian hari terbawa dengan deras arus media sosial terutama TikTok; sebuah medium kadang-kadang melalaikan.

Apapun, Tiger Stripes terkandung kualiti tersendiri sebagai sebuah filem tempatan yang memberi rasa. Perlu tonton dengan berlapang dada dan pakai ‘kaca mata’ serta hadam isu tersirat ingin disampaikan. – BOOM!

Sumber: KOSMO!

Previous Post

‘Takdir Itu Milik Aku’ Adalah Hasil Kerja Sangat Berbaloi – Liza Hanim

Next Post

Ella Kongsi Fasa Menopaus | Fasha Sandha Terima Banyak Tawaran | Joey BPR ‘Tolak’ Sertai Konsert Di Johor

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Takut Akhirat Ke?” – Linda Hashim Tempelak Beego Isu Nafkah Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Bidas Spekulasi Curang – “Saya Mula Rapat Selepas Cerai”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V]“Tolonglah Bantu Dia” – Ebit Lew Ziarah Mak Wan Latah, Netizen Sebak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Koyak’ Sampai Tak Lalu Makan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Cedera Kepala Dalam Kemalangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd