Selebriti, Inara Rusli, menegaskan bahawa dia tidak akan kembali bersama bekas suaminya, Virgoun, selepas perceraian mereka pada 10 November 2023.
“Kalau ditanya soal rujuk dengan Virgoun, itu mustahil… sebab visi dan misi kami sudah berbeza,” katanya menerusi sebuah video saluran YouTube.
Meskipun hubungan cinta mereka sudah berakhir, Inara tetap menjaga komunikasi baik demi anak-anak.
Inara juga tidak kisah jika Virgoun sudah mempunyai kekasih baharu.
“Saya biarkan saja, itu hak dia. Saya sendiri masih fokus kepada anak-anak, nak cari ilmu dan duit untuk anak-anak,” ujarnya.
Menurut Inara, mereka sepakat untuk tidak membataskan hubungan sosial masing-masing. Namun, ada satu persetujuan penting.
“Virgoun dan saya ada perjanjian, kalau hubungan dengan pasangan baru tidak serius, tak boleh kenalkan kepada anak-anak.
Tapi kalau serius nak kahwin, barulah anak-anak kena tahu siapa pasangan ibu atau ayah mereka,” jelasnya.
Walaupun Virgoun sering dikaitkan dengan pasangan baharu, Inara mengakui dirinya masih belum bertemu pengganti yang sesuai.
“Saya dah buka hati, tapi setakat ini belum ada yang rasa selesa. Banyak perkara perlu saya selesaikan dulu, seperti bisnes, kerja, dan anak-anak,” tutup Inara Rusli, yang jelas sudah menutup hatinya untuk kembali kepada Virgoun. – BOOM!