Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Teruja Dan Gementar” – Perasaan Amin Haridz Bercampur-baur Tunggu Respons Penonton

12/07/2022
Enal Akimoleh Enal Akim
in Ekstra, Selebriti
“Teruja Dan Gementar” – Perasaan Amin Haridz Bercampur-baur Tunggu Respons Penonton

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Perasaan teruja bercampur gementar kian dirasakan pelakon baharu yang mahu dikenali dengan nama Amin Haridz tatkala satu demi satu naskhah lakonannya mula diterima ramai.

Bagi pelakon berusia 27 tahun itu, dia gembira apabila menerima maklum balas peminat terutamanya orang terdekat yang sentiasa memberikan maklum balas positif setiap karya yang dilakonkan.

“Memang lain perasaan apabila mendapat maklum balas positif daripada peminat yang menonton. Ada yang suka dan ada juga yang memberikan maklum balas sebaliknya.

Amin Haridz gementar dengan respons penoton.

“Tapi saya terima sahaja maklum balas mereka sama ada baik atau tidak. Itu dijadikan petanda yang mereka menonton dan menghargai karya lakonan saya,” kata Amin.

Sejak berkecimpung dalam bidang lakonan, Amin sudah terlibat dalam beberapa buah naskhah drama termasuklah Hari Hari Hari Raya, Syurga Nur Muhammad, Cikgu Nerd dan Rentap.

Kali ini, anak kelahiran Pahang itu tampil dengan telefilem Rock Sampai Jannah yang akan ditayangkan pada hari ini pukul 9 malam di TV2.

Tambahnya lagi, dia gembira dapat bergandingan bersama dengan Afieq Shazwan, Sharul Kamal dan Ayie Ilham dalam sebuah kisah yang bakal menarik perhatian penonton.

Rock Sampai Jannah bakal ditayangkan pada 12 Julai 2022

“Memang ini merupakan antara telefilem yang ditunggu-tunggu oleh kami kerana jalan cerita yang begitu santai dan mencuit hati.

“Kisah santai mengenai empat pemuda yang taasub dengan muzik rock menjadi intipati penting kepada kisah ini. Saya harap semua akan menonton dan memberikan maklum balas.

“Setidaknya itu akan menjadi pelajaran baharu kepada saya untuk terus memperbaiki mutu lakonan dari semasa ke semasa,” tambahnya lagi.

Amin Hafidz bersama barisan pelakon Rock Sampai Jannah.

Rock Sampai Jannah mengisahkan tentang empat orang pemuda yang terlalu taasub dengan muzik genre rock.

Mereka sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur untuk membuktikan kepada orang kampung bahawa mereka mampu berjaya dengan apa yang diminati.

Selain keempat-empat pelakon berkenaan, telefilem ini turut dibintangi oleh Didi Zakil, Rosnah Johari, Lan Siro dan Zuhairi Ibrahim. – BOOM!

Previous Post

Gaya Raya Aaisyah | Ji-hyo Pecah Rahsia | Sorok Kekasih Bersebab | Pelawak Ditangkap Polis

Next Post

“Prince Chiki Dinzly Tu Yang Gila!” – Iqram Dedah Ada Enam Personaliti Berbeza

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Terima Kasih Semua!” – Luna Kritikal, Awal Ashaari Terharu Ramai Sudi Bantu!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dakwaan Gangguan Seksual, TUNEXX Berdepan Ancaman Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Menghilang Bukan Kerana Takut..” – G.NA Bersuara Selepas 9 Tahun Menyepi Isu Skandal Pelac*r*n

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd