Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Tersentuh Dengan Sokongan iDolla, Air Mata Emosi Empat Gadis Dolla Deras Berlinangan

23/02/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Musik, Selebriti
Tersentuh Dengan Sokongan iDolla, Air Mata Emosi Empat Gadis Dolla Deras Berlinangan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Percaturan mereka memasuki arus muzik tanah air tatkala virus Corona rancak menyerang dunia dilihat amat berbaloi dan penuh erti hingga membuatkan air mata keempat-empat gadis yang menggelarkan diri sebagai Dolla berguguran.

Berjaya menyempurnakan jerayawara sulung, Dolla Mini Showcase di Petaling Jaya Performance Art Centre (PJPAC), Petaling Jaya pada Sabtu lalu ternyata memberi seribu erti buat kumpulan yang dianggotai oleh Tabby, Syasya, Sabronzo dan Angel.

Dolla membuat Showcase di Petaling Jaya Performance Art Centre (PJPAC), Petaling Jaya
Sejurus mendendangkan lagu terakhir berjudul Berani, masing-masing kelihatan bergenangan air mata tanda tersentuh dengan sokongan kumpulan peminat tegar dikenali sebagai iDolla yang turut menyaksikan jerayawara istimewa itu.

Mewakili teman-teman lain, Syasya akui mereka tersentuh kerana momen itu adalah paling dinanti-nantikan selepas penubuhan Dolla kira-kira dua tahun lalu.

“Dolla muncul ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua tahun lalu. Sebaik melihat iDolla di depan mata, kami tersentuh kerana inilah momen kami paling tunggu.

“Peminat adalah kunci kejayaan kami selama ini. Kalau diikutkan, kami tidak mahu menangis kerana jurusolek awal-awal lagi sudah pesan nanti mekap rosak.

“Tetapi, hendak buat macam mana. Perasaan kami sangat sensitif terutama membabitkan peminat.

“Bukan itu sahaja, kehadiran keluarga membuatkan kami sangat terharu. Mereka memberi motivasi buat kami semua,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Biarpun persembahan berlangsung kira-kira sejam dengan mendendangkan lima buah lagu, namun kumpulan yang baru muncul dengan single berjudul Bad ini bersungguh-sungguh membuat persiapan.

“Kami berlatih sejak sebulan lalu. Untuk tarian sahaja kami berlatih enam jam manakala latihan vokal mengambil masa dua hingga tiga jam sehari,” kata Sabronzo.

Dolla ketika sesi Fansign

Menyifatkan showcase itu sebagai ujian pertama, pemenang kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Ke-34 itu bersedia untuk membuat persembahan skala besar.

“Apabila mendapat tahu ramai peminat tidak dapat untuk bersama-sama memandangkan dewan auditorium yang agak kecil, timbul keinginan mengadakan persembahan di lokasi yang lebih besar.

“Kami harap hasrat itu dapat ditunaikan secepat mungkin,” kata Tabby.

Selain Berani, lagu lain yang didendangkan adalah Watch Me Glow, Dolla Make You Wanna, Bad dan Cold Blooded yang dipopularkan penyanyi Korea Selatan, Jessi. – BOOM!

Previous Post

22.02.2022 Jadi Pilihan | Baju Leopard Elyana | Liza Hanim Terkesima | Cef Wan Tipu?

Next Post

Terluka Menginginkanmu, Cubaan Nasib Mark Natama Di Pasaran Muzik Malaysia

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Akui 2025 Tahun Duka Meskipun Rezeki Melimpah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KRU Umum Fasa Pembangunan Magika Studio Masuk Fasa Komersialisasi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Corrie Sampaikan Pesanan Kepada Mualaf Bertatu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira, Shahir ‘Bersatu’ Dalam OST Sekuel Duyung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jin BTS Derma RM 282,000

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd