Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Terlepas Hukuman Gantung, Yasin Tarik Nafas Lega Bebas Tuduhan Mengedar Ganja

07/07/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Terlepas Hukuman Gantung, Yasin Tarik Nafas Lega Bebas Tuduhan Mengedar Ganja

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman menarik nafas lega apabila terlepas daripada hukuman gantung sampai mati berhubung tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja dianggarkan seberat 214 gram, Mac lalu.

Menerusi prosiding pada Rabu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan berkenaan.

Yasin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 47, ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan melihat keputusan itu sebagai perkembangan positif bagi dirinya.

“Alhamdulillah, saya baik… Saya ikut segala proses dan peruntukan undang-undang dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini,” katanya.

Sebelum ini Yasin didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu.

Bagi pertuduhan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ketika prosiding di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk Yasin dituduh semula bagi pertuduhan baharu di Mahkamah Sesyen iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat, pertuduhan baharu iaitu memiliki Kanabis, kemudian telah dibacakan terhadap Yasin dan penyanyi tersebut mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Yasin diwakili oleh peguam Ariff Azami Hussein, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Azizul Syariman Mat Yusoff.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai keputusan berkenaan, Yasin memberitahu dia akan meneruskan perjuangan meluluskan perubatan kanabis untuk digunakan sebagai salah satu kaedah perubatan di Malaysia.

Yasin berkata, dia berharap Malaysia akan lebih terbuka dan membenarkan kaedah perubatan itu setanding negara-negara maju yang lain apatah lagi rawatan bagi penyakit bipolar yang didakwanya terletak pada tumbuhan tersebut.

“Bagi saya perjuangan sekarang adalah untuk meluluskan perubatan kanabis, kes saya ini tidak mengapa, kita ikut prosedur sehingga ke akhirnya… hukum ke tidak, tidak mengapa, no problem!” ujarnya.

Mahkamah menangguhkan kes itu untuk sebutan semula pada 22 Ogos depan. – BOOM!

Sumber: MSTAR ONLINE

Previous Post

Eizlan Yusof Terpaksa Korban Sambutan Hari Lahir Bersama Keluarga Kerana Annuar Musa, Muafakat Nasional

Next Post

Isteri Eddie Wings Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Buah Pinggang

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Aktif Kerja Walaupun Kandungan Masuk Trimester Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Paul Pierce Dakwa Kim Kardashian Cetus Obsesi Pembedahan Plastik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Angelina Jolie Dedah Parut Mastektomi, Tingkat Kesedaran Kanser Payudara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Steve Rogers Kembali Dalam Avengers: Doomsday?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd