Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Tan-Ti-Ana Naskhah Raikan Penggiat Filem, Penghormatan Buat Abam Bocey

01/03/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Filem, Selebriti
Tan-Ti-Ana Naskhah Raikan Penggiat Filem, Penghormatan Buat Abam Bocey

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penantian selama enam tahun akhirnya menjadi kenyataan apabila filem terbaharu, Tan-Ti-Ana menemui khalayak di pawagam.

Produsernya, Datuk Muhammad Razlan Ismail berkata, filem ini merupakan suatu pencapaian meraikan penggiat seni yang terbabit dalam industri perfileman tanah air.

“Filem ini dilahirkan pada tahun 2018, ketika itu kami pasukan Dream At Work Sdn Bhd memang berniat nak buat filem dan kami berbincang dengan pemikir lain untuk mendapatkan idea cerita yang menarik. Pada masa itu banyak cerita seram komedi,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Tayangan Perdana Tan-Ti-Ana di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, Tan-Ti-Ana merupakan naskhah yang lama disimpan yang mempunyai judul asal lain dan kemudian selepas perbincangan dilakukan semula dengan penulis skrip, Amin Shakib akhirnya tercetus judul filem Tan-Ti-Ana.

“Selain daripada kisah seram, kami juga mahu tampilkan sahabat-sahabat di belakang tabir, sebenarnya tanggungjawab mereka yang merupakan pembikin filem. Sebab itu Tan-Ti-Ana mengisahkan tiga remaja yang dalam keadaan terdesak terpaksa mencari peluang dalam sudut penerbitan filem.

“Penghasilan tiga orang ini mahu mencari projek filem sehingga mereka bertemu dengan Datuk Kadir dan mereka mengambil cabaran untuk menyiapkan projek filem dan ketika itu makhluk ini muncul. Pencarian mereka sehingga berjumpa dengan bomoh yang memberitahu hantu ini makan apa dan pantang larang yang tidak boleh dilanggar, akhirnya mereka siap filem tersebut dengan bermacam cabaran tetapi salah satu pantang larang terlanggar,” katanya.

  Jelasnya, filem ini tetap menampilkan latar cerita yang berbeza tetapi mengetengahkan elemen seram dan komedi yang disajikan kepada penonton.

“Klimaks iaitu impak dalam menyiapkan projek filem itu dan pada masa sama berlaku konflik salah seorang daripada mereka dengan Tan-Ti-Ana,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Razlan yang juga merangkap pencetus idea asal dan lakon layar filem ini memberitahu filem ini sebagai penghormatan buat Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang diberi peluang membintangi filem ini.

“Saya dengan arwah yang pertama sekali bincang dan dia orang pertama yang setuju untuk berlakon filem ini. Saya ajukan pada dia saya nak buat satu filem, tanpa banyak cakap dia kata nak turut serta walaupun dia tau dia takkan jadi pelakon utama tapi dia nak berlakon,” katanya.

Sambungnya, filem Tan-Ti-Ana memberi ruang padanya dan penerbit eksekutifnya untuk berbincang menghasilkan sebuah karya filem yang diidamkan.

“Saya teringin sangat untuk kumpul orang industri dalam Tan-Ti-Ana. Jika tonton filem ini akan lihat pelakon senior dan junior, mesej yang saya ingin sampaikan bahawa industri filem kita ini cukup indah dan mempunyai lanskap yang menyeronokkan,” katanya.

Filem Tan-Ti-Ana yang merupakan terbitan Dream At Work Sdn Bhd dan NHF Productions juga menampilkan barisan pelakon berpengalaman dan popular antaranya Jay Iswazir, Joey Daud, Zalif Sidek, Baby Shima, Amai Kamarudin, Kazar Saisi dan Kamarool Yusoff. Tidak ketinggalan penampilan istimewa, Datuk Suhaimi (Amy Search) dan Datuk Rahim Razali.

Filem Tan-Ti-Ana yang diarahkan Rosdi Md Dali ini sedang ditayangkan di pawagam sejak 29 Februari 2024.- BOOM!

Previous Post

Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

Next Post

Joe Flizzow Hormati Malique, Persahabatan Tak Pernah Putus

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ulasan Jujur Dan Harga Makanan Restoran Rembayung Raih Perhatian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dakwaan Gangguan Seksual, TUNEXX Berdepan Ancaman Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd