Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Tak Ada Apa Pun Nak Dimalukan” – Rief Daniel Sanggup Jaja Kisah Peribadi

21/07/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Exposé, Hiburan
“Tak Ada Apa Pun Nak Dimalukan” – Rief Daniel Sanggup Jaja Kisah Peribadi

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Meski dua kali percubaannya mengeluarkan lagu berentak balada menemui jalan buntu dan akhirnya gagal, namun pendatang baharu seni muzik tempatan, Rief Daniel tidak berputus asa.

Tampil mempertaruhkan karya berjudul Aku Solo yang menjadi single ketiganya, Rief atau nama sebenarnya Arief Daniel Zayadi, 24, optimis produk terbaharu itu adalah pemangkin terhadap karier nyanyiannya yang lebih memberangsangkan.

“Lagu ini adalah hasil gubahan rakan saya sendiri yang juga penyanyi rap remaja, Yonnyboii. Ketika kami berbincang jenis atau genre lagu yang ingin dihasilkan, Yonny bertanyakan tentang sisi peribadi saya yang jarang diceritakan kepada sesiapa.

“Setelah menceritakan segala-galanya, maka terhasillah Aku Solo,” cerita Rief secara ringkas mengenai proses awal penghasilan lagu berkenaan.

Secara tidak langsung, Rief menganggap naskhah baharu itu mempunyai nilai sentimental yang tinggi kepadanya kerana kisah yang disampaikan adalah sisi kehidupan peribadi yang cukup sebati dalam dirinya.

Lebih membanggakan, selain diterima baik oleh pendengar setia muzik tanah air, Aku Solo turut diberi peluang melatari drama siri remaja popular yang disiarkan di TV3 iaitu Budak Tebing 2.

Pada masa sama, pemuda itu juga mengakui jalan cerita yang dipaparkan menerusi drama tersebut saling berkait rapat dengan bait-bait lirik yang dipersembahkan dalam lagu Aku Solo.

“Momentum karier nyanyian saya sekarang ini jauh lebih baik berbanding dahulu. Walaupun nama saya masih belum kukuh dikenali sebagai penyanyi, tetapi saya bersyukur sekurang-kurangnya lagu saya semakin mendapat perhatian dan digemari khalayak umum.

“Bagi saya, biarpun perlahan, ia tetap satu proses pembelajaran yang cukup berguna untuk saya jadikan pemangkin semangat dalam menanam tekad lebih kuat demi mencipta nama sebagai anak seni ternama.

“Senang cakap secara tersiratnya, Aku Solo dan Budak Tebing 2 itu adalah kisah hidup saya,” ujar Rief menggambarkan metafora kehidupannya.

Di samping itu, tonton rakaman penuh video temu bual bersama Rief bagi mengetahui perkembangan lain yang diceritakannya khas buat perkongsian bersama para peminat dan pembaca Boom!.

Previous Post

“Hijrah Itu Wajib!” – Perspektif Penghijrahan Nabil Ahmad

Next Post

“Saya Mudah Rasa Bosan” – Potret Lukisan Zulin Aziz Bukti Versatiliti

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Dedah Kisah Seram Diganggu Pontianak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Setiap Orang Ada Ujian – Bella Dowanna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd