Aksi pelakon Sydney Sweeney mungkin berdepan tindakan undang-undang akibat tindakannya menggantung deretan coli pada papan tanda gergasi Hollywood di Los Angeles baru-baru ini.

Dalam video yang tular, Sydney dan kru kelihatan memanjat ke atas huruf H pada tanda ikonik itu pada waktu malam.
Mereka memasang tali dan mengangkut coli di sepanjang huruf itu sebagai sebahagian daripada penggambaran terbaru koleksi colinya.
Tindakan itu tidak mendapat kelulusan rasmi dari The Hollywood Chamber of Commerce iaitu pihak yang memiliki hak cipta imej dan kawalan fizikal papan tanda tersebut.
Hollywood Chamber menegaskan bahawa meskipun permit lokasi diperoleh daripada FilmLa untuk penggambaran berhampiran, tindakan memanjat dan menghias sign itu tidak diizinkan.

Sydney dan produksinya mungkin bakal berdepan pertuduhan menceroboh atau vandalisme di kawasan tersebut. -BOOM!









