Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Gagal Berdamai, Laporan JKP Sahkan Berlaku Shiqaq

26/05/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Gagal Berdamai, Laporan JKP Sahkan Berlaku Shiqaq

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dimaklumkan tiada ruang untuk pengarah filem Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah ketika ditemui selepas prosiding kes cerai pasangan itu berkata, laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentangkan hari ini mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.

“Dapatan JKP terhadap prosedur yang telah dijalankan mendapati perkahwinan ini tidak dapat lagi diselamatkan,” kata peguam syarie itu.

Dalam pada itu, Akberdin turut memaklumkan mahkamah berpuas hati dengan pihak JKP yang mengendalikan prosedur kes berkenaan.

Sebelum ini pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

INFO: [V] Permohonan Syamsul Yusof Lanjut Perintah Injuksi Terhadap Puteri Sarah Ditolak

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Pengarah filem Syamsul Yusof, 39, bersama isteri pertamanya, yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, meninggalkan mahkamah selepas prosiding penceraian kes mereka di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Hari ini ditetapkan untuk memanggil pengerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi memberi penjelasan berhubung prosiding JKP yang dijalankan.

–fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.

Sementara itu, berhubung isu lafaz cerai dua kali yang dibangkitkan Puteri Sarah, peguam itu berkata mahkamah telah menetapkan satu tarikh lain bagi sebutan semula kes supaya isu itu diselesaikan dahulu.

INFO: [V] Puteri Sarah Pula Failkan Tuntutan Nusyuz Terhadap Syamsul Yusof

Sementara itu, peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul berkata, Syamsul menafikan pengesahan lafaz cerai dua kali itu.

“Susulan itu, mahkamah meminta isu itu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kes ini dipanjangkan. Sebelum prosedur kes ini diteruskan, mahkamah meminta pihak-pihak memfailkan pengesahan lafaz cerai tesebut,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan Puteri Sarah membangkit isu itu, maka dialah yang perlu memfailkan pengesahan berkenaan.

Justeru Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, menetapkan 14 jun ini bagi sebutan semula kes untuk mengetahui status seterusnya berhubung isu lafaz cerai dua kali itu. – BOOM!

Sumber: KOSMO!

Previous Post

Pernah Busking Tepi Jalan, Dinda Dania Kembali Muncul Dengan Single Terkini Berjudul Lari-Lari

Next Post

Awesome TV Didenda | Hubungan Shila – Ubai Okay | Farid Kamil Akur | Syamsul – Sarah Gagal Pakat

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam AF Buat Comeback,  Umum Fasa Muzik  Lebih Matang

    Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Pertahankan Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Tidak Ambil Peduli Komen Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Media Sosial Punca Wanita Muda Obses Pembedahan Plastik – Kate Winslet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Terima Teguran Ramai, MK Mohon Maaf Tak Pakai Tali Pinggang Keledar – “Tak Ada Alasan, Memang Salah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Henry Golding Makin Gah, Dapat Peluang Berlakon Dengan Charlize Theron Dan Uma Thurman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Akui 2025 Tahun Duka Meskipun Rezeki Melimpah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Tersinggung Kanye Tuduh Reka Rompakan Di Paris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd