Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Sweet Charity Simpan Impian Adakan Konsert Di Sabah Dan Sarawak

26/01/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Sweet Charity Simpan Impian Adakan Konsert Di Sabah Dan Sarawak

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Sambutan positif pelbagai lapisan peminat terhadap kehadiran artis menjayakan persembahan di Sabah dan Sarawak mendorong kumpulan Otai, Sweet Charity menyimpan impian membuat kemunculan istimewa di sana.

Begitupun, semua perancangan perlu dilaksanakan dengan teratur dan bergantung pada masa yang tepat.

Gema muzik 5 dekad Sweet Charity malam ini - Kosmo Digital

Vokalis Sweet Charity, Datuk Ramli Sarip atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Papa Rock’ berkata pihaknya memang mempunyai perancangan mengadakan konsert di negeri terbabit.

“Kami sedang menunggu momen yang tepat untuk mengadakan konsert di sana. Momen tersebut adalah di mana penerimaan masyarakat terhadap muzik yang dibawa.

“Ia adalah satu penghormatan apabila peminat mengeluarkan duit untuk hadir ke konsert.

“Kerana bagi saya, tak semua band yang membuat konsert di luar kota menjadi kerana ia bergantung kepada penerimaan masyarakat dengan muzik itu,” kata Ramli ketika ditemui pada sesi latihan baru-baru ini.

Kumpulan Sweet Charity yang kini melangkaui usia lebih lima dekad mengadakan Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity di Zepp Kuala Lumpur, malam ini.

55 Tahun Sweet Charity, Tak Pernah Terfikir Pun! | Rumi Explorer

Sweet Charity yang turut dianggotai Rahman Sarbani pemain dram, Rosli Mohalim (gitar) dan Ahmad Jaafar (keyboard dan vokalis kedua) begitu bersemangat menghiburkan peminat setia mereka.

Memandangkan masing-masing mempunyai komitmen peribadi jadi untuk sesi latihan kali ini mereka baru sahaja dikumpulkan minggu lalu sebagai persediaan untuk konsert istimewa malam ini.

“Suasana ketika latihan berlangsung ceria dengan masing-masing menunjukkan keserasian. Masing-masing berjaya mempamerkan kemahiran bermain muzik dan persembahan bertenaga.

“Kami juga bersyukur apabila diberitahu konsert kami menerima sambutan menggalakkan daripada peminat sekali gus membuatkan kami lebih bersemangat menjalani latihan serta melakukan persediaan,” katanya.

Tambahnya, mereka bakal menyampaikan 25 lagu pada Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity anjuran Malaysia Shipowner’s Association itu.

Konsert Berita Gempa, Ramli Sarip tolak tepi soal jualan tiket - Utusan Malaysia

“Dari segi susunan lagu dan muzik juga ada kelainan yang bakal menarik peminat yang hadir.

“Tambahan pula, malam itu nanti akan dibahagikan kepada lima segmen dan tiap-tiap lagu mempunyai makna dan arah tuju tersendiri.

“Kami juga akan menyanyi lagu yang berkait rapat dengan isu yang terjadi di Palestin sebagai mengingati kejadian yang menimpa mereka.

“Walaupun muzik kita nampak bersahaja namun masih memerlukan skil yang tinggi, energi yang kuat,” katanya – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

Previous Post

Wan Hanafi Su Saran Rombak Subjek Sejarah | Nash Terima Anugerah Sumbangsih | Ajak Shiro Ulang SPM

Next Post

Capai Status Penyanyi Senior, Ramai Takut Kerjasama Dengan Hael Husaini

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd