Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Suria FM Kini Top 3 Stesen Radio Di Malaysia, Berjaya Tarik 3.5 Juta Pendengar Setiap Minggu

24/11/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Ekstra, Selebriti
Suria FM Kini Top 3 Stesen Radio Di Malaysia, Berjaya Tarik 3.5 Juta Pendengar Setiap Minggu

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pastinya sambutan ulang tahun ke-15 stesen radio Suria FM tahun ini mencatatkan sejarah manis dan bermakna apabila kini menjadi antara tiga radio pilihan utama dI Malaysia.

Setelah lebih sedekad bertapak di industri radio, Suria FM kini berjaya melakar sejarah meraih tempat ketiga teratas dengan mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan sebanyak 3% atau 140,000 pendengar di kalangan lima stesen radio berbahasa Melayu juga secara keseluruhan di antara radio komersial di Malaysia.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, berdasarkan keputusan terbaru kaji selidik GFK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2022, hampir semua segmen radio di Suria FM catat kenaikan peratusan tertinggi bagi jumlah pendengar mingguan di antara lima stesen berbahasa Melayu komersial.

DJ Lin

“Alhamdulillah, keputusan terbaru kaji selidik GFK untuk Wave 2, 2022 ini menjadi satu berita gembira buat kami di Suria FM.

“Keputusan kajian kali ini mencatatkan jumlah pendengar mingguan tertinggi di Suria berbanding kaji selidik sebelumnya dari Wave 2, 2014 sehingga Wave 1, 2022. Usaha, komitmen, formula dan fokus yang tinggi yang diberikan oleh warga Suria telah berjaya menarik lebih daripada 3.5 juta pendengar sekaligus meletakkan Suria FM di kedudukan ketiga teratas dengan mencatatkan peningkatan pendengar mingguan dan pendengar eksklusif tertinggi di antara stesen radio berbahasa Melayu komersial,” katanya.

Dia berkata, segmen Morning-Morning Suria gabungan terbaru, Ajak, Suraya dan Shuib pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan sebanyak 59,000 pendengar berbanding pengukuran (Wave) sebelumnya dan juga peningkatan pendengar eksklusif tertinggi sebanyak 119,000 pendengar di antara stesen berbahasa melayu komersial di slot masa yang sama.

DJ Lin yang juga penyampai radio popular Suri Cinta berkata segmen Muzik Top Suria kelolaan Cik Piah berjaya meraih jumlah masa mendengar tertinggi (Time Spent Listening) berbanding stesen radio komersial berbahasa melayu lain iaitu selama 1 jam 34 minit dan segmen Refleksi di Suria juga berjaya mencapai jumlah pendengar mingguan tertinggi sebanyak 168,000 pendengar.

Lebih menarik, dia menambah segmen-segmen seperti Suria Petang dihoskan oleh Sharifah Shahirah dan Tyzo sepanjang Isnin hingga Jumaat jam 3.00 petang hingga 7.00 malam, segmen Gaya Suria kelolaan Cik Piah, setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari, segmen Suria Cinta bersama DJ Lin pada setiap hari Ahad hingga Jumaat, dari jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi dan Suria Pagi Show dikendalikan oleh Anna J pada hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi, kesemuanya telah mencatatkan trend peningkatan pendengar eksklusif tertinggi di kalangan stesen radio berbahasa Melayu komersial.

“Terima kasih buat semua, kejayaan ini kami dedikasikan istimewa buat semua pendengar Suria FM yang sentiasa menyokong dan menjadikan Suria FM radio pilihan anda.

“Kami akan terus berusaha untuk mengekalkan momentum dalam menghasilkan produk serta karya yang kreatif, segar juga menghiburkan. Misi kami seterusnya untuk mendaki ke tangga kedua sekaligus muncul juara bagi keputusan yang mendatang,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Dikata Imej Gemuk Lebih Cantik, Aishah Maki Pengkritik – “Mak Bapak Kau Tak Ajar Ke?”

Next Post

“Alhamdulillah, Keadaan Nanad Semakin Positif” – Tahap Oksigen Nad Zainal Naik 100 Peratus

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Kesal Gelaran Duda, Janda Dinilai Tidak Adil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Langgar Peraturan Ubat Terkawal, Polis Serbu Pejabat PSY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Marcello Tahitoe Tampil Dengan “Setunggal”, Nafas Segar Dalam Ombak Melankolia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd