Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Sukakan Lagu-lagu Galau, Kucaimars Hadiahkan Salah Hati Untuk Peminat

01/07/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Musik, Selebriti
Sukakan Lagu-lagu Galau, Kucaimars Hadiahkan Salah Hati Untuk Peminat

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Finalis Big Stage musim ke-2, Kucaimars membuat kemunculan dengan single baharu bertajuk ‘SALAH HATI’ selepas beralih arah di bawah naungan syarikat rakaman, Armani Entertainment Group (AEG).

Mengulas mengenai single terbaharunya itu, Kucaimars berkata, dia berasa gembira kerana pihak pengurusan memahami dirinya.

“Syukur Alhamdulillah kini saya menjadi telah pun menjadi sebahagian dari keluarga besar AEG yang nampak dengan bakat yang saya miliki dan diberi peluang untuk menghasilkan single terbaharu ini.

“Saya gembira dengan this new adventure bersama AEG dan tidak sabar untuk menghasilkan lebih banyak lagi karya-karya bermutu pada masa akan datang.

“Sebagai permulaan, SALAH HATI adalah buah tangan pertama saya bersama AEG yang merupakan idea mereka sepenuhnya. Pihak pengurusan faham akan citarasa saya yang gemarkan lagu-lagu ‘galau’ dari Indonesia,” katanya.

‘SALAH HATI’ merupakan hasil ciptaan komposer terkenal dari Indonesia David dan Dewangga, dan diterbitkan oleh AEG.

“SALAH HATI menceritakan tentang kisah cinta di antara sepasang kekasih yang mencintai orang lain, walaupun teman lelakinya memberikan segalanya, teman wanitanya tegar mengasihi jejaka lain, ternyata SALAH HATI dan akhirnya kecewa,” jelas pemilik nama sebenar Amirul Husyairi Nani, 25.

Menurut Kucaimars, selama hampir setahun ini dia agak sibuk menguruskan perniagaan yang dijalankan keluarganya sehingga tidak sempat untuk muncul dengan mana-mana single.

“Hampir setahun ini saya sibuk menguruskan perniagaan sehingga tidak sempat untuk menguruskan kerjaya seni.

“Selepas berehat untuk beberapa bulan, saya kembali dan mengambil masa selama 2dua bulan untuk menyiapkan single ini kerana mahukan sebuah karya yang betul-betul bermutu dan sedap didengar oleh semua,” katanya.

Bercerita tentang muzik video, Kucaimars berkata penggambaran tidak mengambil masa yang lama.

“Penggambaran video muziknya (MV) tidak mengambil masa yang lama dan dijalankan di pesisir pantai menggambarkan perasaan yang ‘galau’, konsepnya simple dan mudah difahami oleh penonton.

“Saya berharap agar pendengar Malaysia atau luar boleh menerima genre ‘galau’ versi moden yang saya bawakan dan jangan lupa teruskan menyokong kerjaya saya sampai bila-bila,” katanya.

Lagu dalam genre pop yang berdurasi 3:41 minit ini ternyata ‘galau’ atau dalam bahasa Melayunya bermaksud ‘sendu’ yang lebih mengusik jiwa-jiwa lara nan terluka kerana silap mencintai seseorang yang telah berubah hati, walaupun ringkas, namun tetap menjentik hati dengan melodinya yang melankolik.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai AEG, Datuk KK Chua, berkata Kucaimars merupakan penyanyi pelapis negara yang berbakat dan harus diberi perhatian.

“Di AEG kami membuka peluang kepada mereka yang mempunyai potensi untuk pergi jauh dalam industri muzik tempatan.

“Semoga journey Kucaimars bersama-sama AEG akan membuahkan hasil pada masa-masa akan datang,” katanya.

Lagu SALAH HATI boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran istimewa YouTube Armani Entertainment. – BOOM!

Previous Post

Dituduh ‘Freemason’, Shuib Anggap Kenyataan Melampau Dan Fitnah

Next Post

Repvblik Band Konsert Di Malaysia | Shuib Dituduh Freemason | Kucaimars Galau

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ARMY Berang Trak Protes Dituduh Dari Fandom

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd