Nama personaliti media sosial, Akmal ‘Old Money’ sekali lagi mencuri perhatian selepas tindakannya menyumbang RM20,000 bagi tajaan berbuka puasa di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, tular di media sosial.
Menerusi perkongsian oleh pengguna Threads, @Azmir44, Akmal difahamkan telah menempah sebanyak 40 slot sumbangan berbuka puasa, dengan setiap slot bernilai RM500. Malah, dia juga dikatakan antara individu terawal yang mengambil peluang untuk menaja juadah berbuka di masjid berkenaan.
“Steady Akmal ‘Old Money’, infak majlis berbuka untuk sehari terus ambil 40 slot sebanyak RM20,000,” tulis @Azmir44 dalam perkongsiannya.
Tindakan murni ini mendapat pujian ramai, dengan netizen menganggap Akmal benar-benar mencerminkan gaya hidup ‘Old Money’ yang tidak hanya bermegah dengan kemewahan, tetapi juga pemurah dalam berkongsi rezeki.
Sebagai info, Akmal sebelum ini dikenali menerusi penglibatannya dalam komuniti fesyen dan gaya hidup mewah yang melambangkan kekayaan turun-temurun atau lebih dikenali sebagai ‘Old Money’. – BOOM!