Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

ST 12 Bawa Juara Indonesian Idol, Firman Siagian Dan Hazama Gegar Konsert Di Kuala Lumpur, 10 November Ini

13/09/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Konsert, Selebriti
ST 12 Bawa Juara Indonesian Idol, Firman Siagian Dan Hazama Gegar Konsert Di Kuala Lumpur, 10 November Ini

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Kumpulan popular dari Jawa Barat, Indonesia ST12 bakal menghangatkan Zepp Kuala Lumpur pada 10 November depan dengan konsert ST12 Live In Malaysia.

Percaya dengan keutuhan jenama yang sudah dua dekad bertapak dalam industri muzik, ST12 bersedia kembali dengan semangat baharu.

Semangat itu bakal diterjemahkan Pepep (dram) dan Indra (bass) menerusi ST12 Live In Malaysia di Zepp Kuala Lumpur pada 10 November depan yang akan menampilkan Firman Siagian dan juara Indonesian Idol musim kelima, Aris pada posisi vokalis.

Bagi Pepep, ST12 tidak sekadar sebuah band, sebaliknya dia dan Indra bertekad untuk memastikan jenama yang sudah terpahat hampir 20 tahun itu kekal relevan serta terus bertahan.

Mengulas penampilan Aris sebagai vokalis untuk konsert tersebut, selain mengekalkan Firman yang pernah mengukuhkan nama ST12 menerusi single Kepingan Hati pada 2019, Pepep berkata, siapapun yang terpilih untuk menggalas peranan itu, posisi ST12 tetap dipertahankan.

“ST12 bukan lagi sekadar sebuah band, sebaliknya ia sudah menjadi sebuah jenama. Justeru, sesiapapun yang menggalas peranan sebagai vokalis, jenama ST12 tetap dibawa bersama.

“ST12 sentiasa mencuba dengan membuka kesempatan untuk berkolaborasi dengan semua penyanyi berbakat hebat. Alhamdulillah, usaha ST12 berhasil apabila kerjasama kami dengan beberapa penyanyi terdahulu meraih sukses luar biasa,” katanya.

Aris

Sebagai contoh katanya, percubaan ST12 menampilkan Ridho menerusi single Putih Putih Melati pada 2013 berjaya mencatat 16 platinum di Asia, disusuli kolaborasi bersama Firman menerusi Kepingan Hati yang melakar 10 platinum.

Sehubungan itu, mereka tidak gentar mempertaruhkan Aris untuk meneruskan legasi muzik ST12 menerusi single Cukup Sampai Di Sini yang ketika ini masih lagi hangat dipromosikan di Indonesia.

“ST12 cuba menawarkan karya terbaik kepada semua penggemar muzik di rantau ini tanpa menggantungkan seluruh kekuatan kepada penyanyi semata-mata.

“Jenama ST12 sudah sebati dengan peminat di rantau Nusantara dan kepercayaan yang diberikan untuk kembali beraksi di Kuala Lumpur menerusi ST12 Live In Malaysia memberikan kami semangat baharu untuk terus berkarya,” katanya.

Dibawakan My Legacy Entertainment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Laskhar Entertainment, ST12 Live In Malaysia turut menampilkan penyanyi popular Malaysia, Hazama.

Pepep berkata, pemilihan Hazama bertepatan dengan usaha mereka yang mahu menyatukan pengkarya antara dua negara serumpun, selain memperluaskan lagi pengaruh muzik ST12 dengan mendekati kelompok peminat baharu.

Kemunculan Hazama dalam konsert tersebut katanya, secara tidak langsung menjadi pemacu dalam merancakkan siri promosi single kolaborasi mereka, Harapan Tak Kunjung Usai.

“Kami mahu menyajikan sesuatu yang segar dan berbeza buat peminat di kedua-dua negara. Pencinta muzik baik di Malaysia, mahupun di Indonesia mempunyai cita rasa yang sama.

“Malah, genre muzik pengkarya di kedua-dua negara juga hampir sama. Itu menjadi antara faktor utama yang mendorong ST12 untuk berkolaborasi dengan Hazama. Mudah-mudahan usaha kami diterima, apatah lagi karakter vokal Hazama begitu serasi dengan melodi lagu ini.

“Sekiranya ingin tahu bagaimana karakter muzik ST12 apabila bersatu dengan Hazama di pentas, jangan lepaskan peluang mendapatkan tiket ke konsert ini,” katanya.

Harapan Tak Kunjung Usai dilancarkan di Indonesia pada 5 September ini, seterusnya diperkenalkan kepada peminat di negara ini pada 18 September depan.

Sementara itu, Hazama yang berbesar hati dengan peluang diberikan menyifatkan kolaborasi bersama ST12 sebagai ruang terbaik untuk memperkenalkan bakatnya di negara jiran.

“Siapa yang tidak kenal ST12? Saya sendiri mengagumi kekuatan muzik mereka yang berjaya menyatukan peminat di kedua-dua negara. Apabila diberi kesempatan besar seperti ini, pastinya saya menyambut dengan tangan yang terbuka.

“Kolaborasi ini juga membuka ruang untuk saya meneroka pasaran baharu dengan lebih agresif, sekali gus membantu saya memahat nama dengan lebih kukuh di Indonesia,” katanya.

Tiket menyaksikan ST12 Live In Malaysia pada harga RM139 (Kepingan Hati), RM169 (Puspa), RM229 (Cukup Sampai Di Sini), RM289 (Putih Putih Melati) dan RM4099 (Jalan Terbaik – Royal Box VVIP) boleh diperoleh menerusi pautan: www.ticket2u.com.my/st12. – BOOM!

Previous Post

Naim Daniel Mengaku Sudah Berpunya – “Ya, Dia Orang Industri, Baru Peringkat Hello-Hello”

Next Post

Bilal Dah Nak Mula Pra-Sekolah, Neelofa Risau Ibu Bapa Tiada Akses CCTV

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • George Clooney Nekad Tak Cium Wanita Di Set Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Pengarah Rob Reiner Ditahan Atas Tuduhan Membunuh Ibu Bapa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Dakwa Beego Menipu Untuk Elak Hadir Prosiding Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hazwani Helmi Ulas Isu Boikot IPhone

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO Lancar Album Kelapan Dengan Enam Ahli

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Ditunda Tahun Depan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Amy Schumer Umum Cerai Lepas 7 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd