Sophie Turner didakwa sedang menjalin hubungan dengan vokalis Coldplay, Chris Martin, selepas masing-masing berpisah dengan pasangan terdahulu.

Hubungan itu menjadi tumpuan peminat kerana Sophie, yang dahulunya peminat Coldplay, kini benar-benar dekat dengan salah seorang ahli band kegemarannya.

Video lama yang pernah menjadi hadiah kejutan daripada bekas suaminya, Joe Jonas, turut mencuri tumpuan apabila memaparkan ucapan khas daripada Martin.
“Ini Chris daripada Coldplay. Saya ingin mengucapkan semoga anda menjalani hari yang indah. Saya kirimkan seluruh kasih sayang saya dan berharap anda menikmati masa yang terbaik,” kata Martin dipetik Daily Mail.

Sophie berkahwin dengan Joe pada 2019 dan pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan, Willa yang kini berusia empat tahun dan Delphine berusia dua tahun.
Selepas menyelesaikan proses perceraian pada September tahun lalu, Sophie mula menjalinkan hubungan dengan Peregrine ‘Perry’ Pearson pada 2023 sebelum khabar angin perpisahan mereka tersebar.

Martin pula putus tunang dengan Dakota Johnson selepas hampir lapan tahun bersama. Penyanyi lagu Yellow itu pernah berkahwin dengan aktres Gwyneth Paltrow namun bercerai pada 2015.
-Boom!










