Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Sophia Liana Berdepan Cabaran Hasilkan Muzik Video NAH – “Scene Penunggang Agama Tonton Video Lucah Guna Telefon Bimbit…”

02/07/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Musik, Selebriti
Sophia Liana Berdepan Cabaran Hasilkan Muzik Video NAH – “Scene Penunggang Agama Tonton Video Lucah Guna Telefon Bimbit…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi rap wanita, Sophia Liana mengakui berdepan cabaran ketika mahu menghasilkan muzik video lagu terbaharunya yang berjudul NAH.

“Untuk siapkan lagu dan muzik video tidak ada cabaran yang begitu berat. Mungkin cabarannya dari segi masa untuk mengumpulkan semua yang terbabit dalam satu masa.

Selain itu, mencari ‘cameo’ untuk melakonkan watak yang dimahukan dalam muzik video ini juga ada sedikit cabaran, namun semuanya berjalan lancar dan dapat diselesaikan dengan baik.

“Sementara itu, konsep muzik video diketengahkan adalah mengenai isu semasa. Kami ada cerita yang ingin disampaikan kepada orang ramai. Terdapat empat penari kanak-kanak yang akan mewakili generasi muda. Ada juga ‘cameo’ yang akan terbabit dalam babak isu semasa.

“Isu pertama adalah pergaduhan antara pasangan yang sering menyalahkan antara satu sama lain.

Senario kedua pula, memaparkan seorang penunggang agama sedang menggunakan telefon bimbit untuk menonton perkara lucah dan seorang lagi cuba untuk mengambil kesempatan ke atas seorang wanita,” katanya.

Bagaimanapun kata Sophia, proses rakaman lagu NAH juga sangat menyeronokkan termasuk ketika menjayakan penggambaran video muzik.

“Proses rakaman muzik video pula hanya mengambil masa satu hari disebabkan pengarahnya sudah tahu apa yang ingin dilakukan dan memudahkan segala gerak kerja kami sebagai satu pasukan dan ianya mampu di selesaikan dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Single NAH merupakan hasil ciptaan Sophia Liana bersama dengan Navigator, Mambang dan Zizi Kirana.

Menurutnya, lagu NAH itu berkisar mengenai isu yang berlaku dalam di kalangan masyarakat umum.

“Kalau kita tengok sekarang ini ada orang yang lebih gemar menuding jari atau menyalahkan orang lain.

Saling menyalahkan antara satu sama adalah sikap yang sering berlaku dan kadangkala seseorang itu tidak melihat kepada kesilapan diri sendiri.

Malah, ada juga yang tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan. Ini adalah isu yang saya cuba mengadaptasikan menerusi lagu ini.

“Proses penulisan lagu ini berjalan dengan sangat lancar, mungkin disebabkan kami sudah perincikan mengenai kandungan apa yang dikehendaki.

“Jadi, proses rakamannya juga tidak begitu lama dan senang bagi kami untuk memilih rentak yang bersesuaian dan bagaimana cara untuk membuatkan lagu ini kedengaran lebih menarik.

“Selain itu, orang disekeliling saya memberikan aura positif yang membuatkan saya berasa sangat selesa di studio. Proses rakaman lagu ini mengambil masa tiga hingga empat sesi.

“Mendapat bantuan daripada Zizi Kirana dan Mambang dari segi melodi terutama pada bahagian korus. Saya mengambil masa satu hingga dua minggu sebelum pergi ke studio untuk rakamkan demo dahulu.

“Saya akan rakamkan demo itu di rumah sebelum pergi ke studio untuk menyelesaikan sesi rakaman sebenar. Dari situ, kami lihat bahagian mana yang lemah untuk ditambah baik terutama dari segi melodi dan lirik,” katanya.

Berbekalkan mesej yang cuba disampaikan dalam lagu NAH, Sophia berharap orang ramai dapat menghargai lagu ini dan menyebarkan perkara positif yang terkandung kepada orang ramai atau di mana-mana sahaja platform media sosial.

“Semoga dengan sokongan terhadap lagu ini dapat memberikan impak positif terhadap industri muzik tanah air,” katanya.

Single NAH boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 23 Jun 2023, muzik video juga ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Def Jam Malaysia. – BOOM!

Previous Post

“Disebabkan Pakcik Zaki Yamani, Huru-Hara Saya Hari Ni…Ayah Saya Dah Sound Saya Ni…” – Anak Jamal Abdillah

Next Post

Aliff Syukri Mengamuk Lagi, Tuntut Hutang Daripada Tan Sri…Netizen Kata Bekas Menteri?

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Idam Lelaki Kaya, Boleh Membimbing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Bakal Buat Kemunculan Semula Sempena Ulang Tahun Ke-20

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Siri Adaptasi Harry Potter HBO Max Dijangka Jadi Fenomena

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Tegaskan Bekas Tunang Zarina Hanya Rakan Kerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bahaya Penunggang Agama, Erma Fatima Jadikan Walid Peringatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Baru Bercerai, Selebriti Popular Bukan Main Sakan Bercuti Dengan Aktor Kacak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Perlu Potong Usus Untuk Nampak Kurus” – Sherry Alhadad Pilih Cara Selamat Dan Sihat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd