Filem live-action Snow White yang dinantikan ramai akhirnya bakal ditayangkan pada 21 Mac 2025, setahun lebih lewat daripada tarikh asalnya pada 22 Mac 2024.
Disney belum mengumumkan tarikh rasmi tayangan di Disney+, tetapi ia dijangka hanya selepas tayangan di pawagam selesai.
Rachel Zegler yang memegang watak utama sebagai Snow White terus menjadi perhatian ramai. Sejak pemilihannya diumumkan, aktres berdarah Latin itu menerima pelbagai kritikan tidak adil.
Isu ini kembali hangat apabila temu bual lamanya dengan Andrew Garfield dalam siri Variety’s Actors on Actors tular semula.
Terdahulu Rachel pernah memberi respon secara tersirat menerusi hantaran di Twitter/X:
“Saya harap dunia menjadi lebih baik.”
Dia kemudian menambah lagi pesanan penuh makna:
“Saya sangat menyayangi anda. Ingatlah untuk bersikap baik, saling memahami dan berempati. Anda berhak menerima kasih sayang, berhak hidup tanpa ketakutan.”
Walaupun masih belum ditayangkan, filem Snow White sudah mencetuskan perbincangan hangat.
Adakah versi baharu ini mampu memikat hati peminat, atau bakal terus berdepan kritikan? Sama-sama kita nantikan! – BOOM!