SM Entertainment mengumumkan strategi baharu NEXT 3.0 yang memberi tumpuan kepada debut kumpulan lelaki baharu, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam muzik serta penambahbaikan sistem A&R menjelang 2026.

Agensi K-pop itu akan memperkenalkan kumpulan baharu tahun ini bagi mengikuti jejak kejayaan NCT dan EXO, sekali gus mengukuhkan ekosistem artisnya.
Korea Joongang Daily melaporkan pengumuman tersebut dibuat sebagai sebahagian daripada peta jalan SM 3.0 yang diperincikan dalam dua video yang dimuat naik hari ini di saluran YouTube syarikat. Video tersebut menampilkan barisan eksekutif termasuk pengarah urusan bersama Jang Cheol-hyuk dan Tak Young-jun.

Tak Young-jun turut mengesahkan rancangan memperkenalkan band lelaki baharu pada tahun ini dengan pelatih SMTR25 antara calon berpotensi.
Beliau menjelaskan, SM mahu mengutamakan artis dengan pasukan kreatif yang fleksibel bagi memastikan perkembangan dan perubahan syarikat berlaku secara seiring.
“Dengan meletakkan artis di pusat dan secara fleksibel menugaskan pasukan kreatif yang paling optimum, kami berhasrat untuk mencapai pertumbuhan dan transformasi secara serentak,” kata Tak dipetik Korea Joongang Daily.
Kumpulan tersebut akan diperkenalkan secara berperingkat menerusi pelbagai rancangan bertajuk Reply High School. Ia merupakan kumpulan lelaki pertama SM dalam tempoh dua tahun sejak debut RIIZE pada September 2023.
“Di China kami bekerjasama dengan Tencent Music Entertainment, di Thailand dengan True, dan di Jepun kami sedang berbincang dengan beberapa rakan kongsi,” ujar Tak.
“Fokus kami adalah untuk mewujudkan IP yang selaras dengan pasaran tempatan sambil mengekalkan identiti kreatif SM,” katanya lagi.

SM turut membangunkan sistem A&R yang disesuaikan untuk artis serta memperkukuh infrastruktur global melalui kerjasama dengan anak syarikat penerbitannya, Kreation Music Rights (KMR), menurut Lee. – BOOM!









