Konflik antara SM Entertainment dan trio EXO-CBX yang terdiri daripada Baekhyun, Chen dan Xiumin semakin hangat diperkatakan apabila syarikat itu didakwa memisahkan mereka daripada aktiviti kumpulan EXO.
Saham SM turut dilaporkan jatuh lebih dua peratus selepas isu berkenaan menjadi perhatian umum. Menurut sumber Weverse, acara “EXO’verse Fan Meeting” yang dijadual berlangsung pada Disember ini hanya akan disertai enam ahli EXO tanpa kehadiran CBX.

Dalam kenyataan rasmi, SM Entertainment menjelaskan bahawa mereka akan terus menyokong aktiviti EXO bermula Disember.
“Kami telah menjelaskan kepada tiga ahli bahawa penyelesaian pertikaian dan aktiviti pasukan adalah dua perkara berbeza,” ujar SM Entertainment.
Sementara itu, EXO-CBX pula meluahkan rasa kecewa dengan tindakan syarikat itu.

“Ketika kami berusaha mencapai persefahaman, kami dimaklumkan tentang mesyuarat peminat dan pelancaran album tanpa penglibatan kami,” ujar mereka.
CBX turut menegaskan bahawa mereka masih menghargai peminat dan berharap aktiviti penuh EXO dapat diteruskan bersama semua ahli. – Boom!









