Simone Biles, gimnas bertaraf dunia, mendedahkan bahawa beliau telah menjalani tiga prosedur pembedahan demi keselesaan dan keyakinan diri.

Prosedur pertama ialah pembedahan pembesaran payudara, yang menurutnya dilakukan atas pilihan peribadi.
Simone menjelaskan bahawa setiap wanita berhak merasa yakin dengan cara mereka sendiri.
“Berasa baik tentang diri sendiri dan menyayangi diri sendiri, dan saya sentiasa lantang mengenainya,” katanya.

Beliau turut menjalani pembedahan kelopak mata kerana mengalami lingkaran hitam dan beg mata yang diwarisi daripada keluarganya.
Simone turut berkata, bahawa ciri tersebut memang dimiliki seluruh keturunannya.
“Biles eye bags,” ujarnya,

Kantung mata itu sering menimbulkan masalah ketika sesi penggambaran manakala pembedahan ketiga pula membetulkan kesan lama pada telinganya akibat anting-anting tercabut ketika kecil.
Selepas percutiannya bersama teman lelaki mencetuskan spekulasi peminat, Simone menegaskan hak wanita untuk membuat keputusan sendiri.

“Saya terbuka mengenainya dan saya gembira,” katanya,
sambil menambah bahawa apa yang dilihat di media sosial seringkali tidak benar. –Boom!









