Penyanyi terkenal Australia, Sia, kini berdepan pertikaian serius dengan bekas suaminya, Daniel Bernad, berhubung hak penjagaan anak lelaki mereka, Somersault Wonder Bernad, yang berusia 19 bulan.

Menurut dokumen mahkamah diperoleh TMZ, Bernard mendakwa Sia merupakan “ancaman segera yang serius” kepada keselamatan anak mereka.

Bagaimanapun, penyanyi Unstoppable itu menolak dakwaan terbabit dengan menjelaskan bahawa Bernard kini dikenakan sekatan lawatan dan hanya dibenarkan bertemu anak mereka di bawah pemantauan, susulan siasatan berkaitan bahan lucah kanak-kanak yang dikaitkan dengan dirinya.

Sia juga mendakwa beliau bebas daripada sebarang pengambilan bahan terlarang selama lebih enam bulan, lapor E! News.
Kes itu menarik perhatian umum apabila kedua-dua pihak saling menafikan tuduhan berat sambil menuntut hak penjagaan anak mereka.

Pasangan itu, yang berkahwin selama dua tahun, berpisah selepas Sia memfailkan perceraian pada Mac 2025 atas alasan perbezaan yang tidak dapat diselesaikan.
-Boom!









