Filem animasi yang dinanti-nantikan, Shrek 5, sekali lagi mengalami penangguhan tayangan.
DreamWorks Animation pada awalnya merancang untuk menayangkan sekuel ini pada musim panas tahun depan, sebelum menundanya ke Disember 2026.

Namun, laporan terkini dari laman hiburan AS, Deadline, mengesahkan tarikh tayangan kini dianjak lagi ke Jun 2027.
Walaupun tiada sebab rasmi diberikan, beberapa portal hiburan dan peminat berpendapat langkah ini diambil bagi mengelakkan persaingan sengit dengan filem gergasi lain yang dijadualkan keluar pada Disember 2026 seperti Avengers: Doomsday, Dune: Part III dan Ice Age 6.
Khabar ini nyata mengecewakan peminat yang sudah lama menunggu kembalinya francais ikonik ini.
Barisan pelakon asal seperti Mike Myers (Shrek), Eddie Murphy (Donkey) dan Cameron Diaz (Fiona) bakal kembali menghidupkan watak masing-masing.
Menariknya, pelakon popular Zendaya dikatakan akan turut menyertai barisan suara untuk sekuel ini. – BOOM!









