Penyanyi muda berbakat besar, Shanna Shannon, 19, sekali lagi menyentuh hati peminat dengan karya terbaharunya berjudul “Menunggumu Sampai Akhir Hidup”.
Lagu balada pop ini merupakan ciptaan Melly Goeslaw, nama besar yang tidak asing dalam melahirkan lagu cinta ikonik Indonesia.
Kali ini, Melly mengetengahkan kisah cinta yang penuh pengorbanan iaitu tentang seseorang yang tetap setia menunggu walaupun sering disakiti dan dikecewakan.
Dengan suara emosional dan penghayatan mendalam, Shanna membawa lagu ini dengan begitu menyentuh perasaan.
Lagu ini terasa dekat di hati, khususnya buat mereka yang pernah mencintai dalam diam dan sabar tanpa balasan.
Muzik video arahan Prialangga turut menggambarkan emosi yang sama iaitu kesedihan, keikhlasan dan harapan yang tidak pernah padam.
“Lagu ini sangat kuat buat saya.
Saat Aunty Melly beri lagu ini, saya terus rasa ini cerita ramai orang di mana mencintai tapi tak selalu difahami.
Saya rasa bangga dapat sampaikan mesej lagu ini,” kongsi Shanna.

“Menunggumu Sampai Akhir Hidup” kini boleh distrim di semua platform muzik digital. – BOOM!









