Pelakon Shamsul Ghau Ghau, 57, dimaklumkan sedang menjalani fisioterapi selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang, pada Sabtu lalu Sharifah Azrinah turut memberitahu hampir kesemua alat bantuan perubatan yang dipasang di tubuh Shamsul telah ditanggalkan, serta beliau sudah mula menggerakkan anggota badan secara berperingkat.

“Alhamdulillah, perkembangan Abang Shamsul sangat positif dan memberangsangkan. Saya rasa sangat lega. Doktor juga memaklumkan keputusan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di bahagian otak kiri yang dibuat Ahad lalu menunjukkan keputusan yang baik.
“Wayar-wayar di badannya sudah dicabut dan hari ini dia sudah mula menjalani fisioterapi serta boleh menggerakkan tangan dan kakinya dengan bantuan,” ujar Sharifah Azrinah dipetik dari BH Online.
Dalam pada itu, Shamsul juga turut menerima sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada Shamsul.
“Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan dan kehadiran kami menjadi tanda ingatan serta doa yang berterusan.” menurut kapsyen yang dikongsikan Yayasan Nurjiwa di media sosial mereka. – BOOM!






![[V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-11-at-11.26.09-PM-350x250.jpeg)



