Pelakon Bella Dowanna, 23, mendedahkan bahawa beliau sendiri pernah berdepan pelbagai masalah sepanjang bergelar anak seni.

Katanya, setiap orang ada ujian masing-masing namun dia tetap percaya rezeki masing-masing.
“Sejujurnya untuk saya yang berusia 23 tahun ini, ada saja waktu susah yang tak relevan.”
“Saya pernah tak dipanggil bekerja, dan seolah-olah tak wujud dalam industri,” katanya dipetik Mstar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas nasib rakan seindustri, Mia Sarah Nasuha yang mengeluh kerana masih diberi watak kanak-kanak meskipun sudah berusia 21 tahun.

Justeru, bagi Bella, itu adalah sebahagian daripada proses menjadi seorang pelakon dan berkembang.
“Semua itu memerlukan masa dan kepercayaan pada rezeki sendiri, sambil terus berusaha untuk meningkatkan diri bukan dengan gosip murahan, tetapi dengan kerja dan kualiti,” katanya.

Bella berkata, dia juga pernah berdepan situasi muda yang tidak diendahkan hanya kerana usianya yang masih muda.
Namun, katanya, perkara yang paling penting adalah perasaan hormat terhadap mereka di sekeliling.
“Jika seseorang menghormati Bella, Bella juga akan menghormati mereka. Tetapi jika tiada rasa hormat, saya juga berhak mempertahankan diri dengan cara yang sama seperti saya diperlakukan,” katanya. – BOOM!









