Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Setiap Kali Dengar Komen Juri, Air Mata Namie Bergenang, Ini Sebab-sebabnya…

28/09/2022
Melly Milloleh Melly Mill
in Ekstra, Selebriti
Setiap Kali Dengar Komen Juri, Air Mata Namie Bergenang, Ini Sebab-sebabnya…

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelawak Namie yang merupakan juara program Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) bersama kumpulan Ubi tidak menyangka kegagalannya mengawal emosi setiap kali mendengar komen juri disedari oleh penonton.

Menurut Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, 26, dia berasa sebak kerana sedar penat lelah dan pengorbanan yang dilakukan untuk berada di pentas MLS3 membuahkan hasil.

“Sebenarnya bukan hari final sahaja saya beremosi, tetapi minggu-minggu sebelum itu juga. Ketika membuat persembahan selama enam minit saya kosongkan fikiran.

“Tetapi apabila selesai dan mendengar komen juri saya jadi sebak. Maknanya segala usaha selama 10 minggu membuahkan hasil.

“Walaupun ketika itu belum tahu siapa yang menang tetapi daripada komen juri saya sudah boleh mengagak. Alhamdulillah usaha kami tidak sia-sia, tidak perlulah saya ceritakan apa penat lelah dan pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk sampai ke tahap ini,” kongsi Namie kepada wartawan BOOM!

Jelas Namie, selain MLS3 adalah pentas pertamanya sebagai pelawak, bekas guru ini juga mengakui dia seorang yang sensitif dan menghargai nilai sentimental.

“Saya berasa sebak secara automatik tidak tahu pula penonton boleh perasan. Kadang-kala saya terlihat ‘moody’ tetapi sebenarnya hanya berasa sebak kerana ini adalah pengalaman pertama.

“Tidak tahu esok lusa di pentas berbeza perasaannya mungkin berubah. Namun, saya memang seorang yang sensitive dan mudah beremosi,” ujar Namie.

Selepas bergelar juara MLS3 bersama kumpulann Ubi yang turut dianggotai oleh Fad Bocey dan Sharif Zero, Namie menyimpan impian untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega pula selepas ini. – BOOM!

Previous Post

10 Artis Baharu Indo Paling BOOM!

Next Post

“Insya-Allah Kami Takkan Berpecah” – De Fam Masih Panas, Bakal Tampil Dengan Lagu Baharu

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Haji Zeel Pengkritik Tegar Saya” – Kayu Atau Tak, Aidit Noh Berserah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira, Shahir ‘Bersatu’ Dalam OST Sekuel Duyung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Ban Filem Eternal Gara-gara Unsur Gay, Angelina Jolie Luah Kekecewaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Diejek Satelit Gara-gara Telinga Capang” – Afiq Hamidon Tak Kecil Hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dilayan Buruk Staf Machine KLCC, Sekali Bunga Balas – “Gaji Aku Lagi Banyaklah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Saya Tak Nak Silap Lagi” – Tak Fikir Panjang, Danial Chuer Rebut Peluang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Didakwa Kunjung Kelab Gay, Pengurusan Hael Husaini Ambil Tindakan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kantoi! Identiti Sultan Pemurah Dikenal Pasti, Netizen Sahkan Dia Adalah Kacak Anak Vida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Tolak Tawaran Rawatan Cerah Kulit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd