Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Setahun Lebih Tinggalkan Tabiat Merokok, Vokal Khai Bahar Semakin Mantap

09/02/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Selebriti
Setahun Lebih Tinggalkan Tabiat Merokok, Vokal Khai Bahar Semakin Mantap

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Tidak keterlaluan andai menyifatkan Khai Bahar antara artis viral di media sosial paling berjaya dan relevan dalam industri hiburan tanah air.

Kejayaan meraih 33 trofi termasuk tiga anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama enam tahun pembabitan di persada seni suara sudah cukup membuktikan kehebatan Khai.

Terbaharu, anak kelahiran Perlis itu menarik nafas lega dan berkongsi rasa gembira setelah mendapati dirinya bebas daripada tabiat merokok.

Lantaran tidak hairanlah, lontaran vokal penyanyi berkenaan kedengaran semakin kemas dan mempamerkan kredibiliti tersendiri.

“Syukur saya sudah berhenti merokok sejak setahun lalu dan memang diakui banyak kesan yang baik,” katanya.

Khai sudah setahun berhenti dari menghisap rokok

Pelantun lagu Durja berkenaan turut melirik senyuman manis apabila vokalnya mendapat pujian.

Malah persembahan nyanyian Khai turut mendapat perhatian maestro muzik Malaysia, Datuk Ramli MS ketika dia berduet dengan Suki Low pada pertandingan Gegar Vaganza musim kelapan baru-baru ini.

“Jujurnya saya akui setelah tidak merokok, saya lebih selesa ketika membuat persembahan.

“Saya dapat rasa nafas lebih panjang dan tidak tersekat. Syukur Alhamdulillah, saya juga sentiasa berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa,” katanya.

Khai pada masa sama turut melahirkan keterujaan sementelah konsert solonya bakal berlangsung selepas terpaksa dibatalkan di Istana Budaya seperti dirancangkan sebelum ini.

“Ini rezeki dan peluang untuk menunaikan janji kepada peminat, selain mahu berterima kasih kerana sentiasa menyokong karier saya dari dulu sampai hari ini,” luahnya.

Lebih manis, kesemua 300 tiket konsert itu habis dijual dalam masa beberapa jam selepas dibuka untuk tempahan.

Khai bakal menyampaikan kira-kira 20 buah lagu serta bakal bergandingan dengan penyanyi seperti Adira Suhaimi dan Aina Abdul.

300 tiket konsert Khai habis dijual

Tiket konsert secara virtual juga turut ditawarkan kepada peminat yang terlepas peluang membeli tiket fizikal.

Terdahulu, Nova Music bakal menganjurkan Konsert Nafas Cinta Khai Bahar pada 12 Februari, Sabtu ini di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama bermula jam 9 malam.

Konsert berkenaan mendapat tajaan dana dari MyCreative Ventures. – BOOM!

Previous Post

“Kenapa Iqbal Sedangkan Ramai Lagi Bakat Yang Hebat Di Malaysia?” – Ernie & Syamel

Next Post

[VIDEO] “Tak Boleh Nak Cakap Banyak” – Aliff Pilih Lagu Dakwah, Rancang Duet Dengan Bella

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Ashton Kutcher & Mila Kunis Tampil Mesra Di Konsert, Tepis Spekulasi Rumah Tangga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Takut Akhirat Ke?” – Linda Hashim Tempelak Beego Isu Nafkah Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Macam Nak Cili Mulut Dia..” – Intan Najuwa Terkilan Ditegur Kulit Semakin Gelap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Koyak’ Sampai Tak Lalu Makan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Cedera Kepala Dalam Kemalangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd