Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Setahun Diam Dan Tidak Muncul, Tahu-tahu Kembali…’Len Macam’ Kayda!

27/06/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Musik, Selebriti
Setahun Diam Dan Tidak Muncul, Tahu-tahu Kembali…’Len Macam’ Kayda!

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Hampir setahun tidak muncul dengan mana-mana karya, artis hip-hop tanah air Kayda Aziz, kembali dengan single terbaharu berjudul Len Macam.

Menariknya, Leb Macam merupakan hasil nukilannya sendiri dengan komposer muda berbakat, DJ Ziqq.

“Saya anggap lagu ini ibarat kelahiran semula saya setelah sekian lama tidak menghasilkan single baharu,” ujar pemilik nama sebenar Wan Nur Khaleda Aziz, 31 tahun.

Menurut Kayda, dia kini kembali dengan lebih kuat, bijak dan baik dari sebelumnya selepas melalui banyak perkara dalam kehidupannya.

“Lagu ini menyaksikan transformasi saya sebagai seorang individu yang baharu dan dinaik taraf.

“Saya sering mendengar rakan-rakan dan keluarga menyebut ayat ‘Len Macam’ ketika berborak, jadi saya rasakan ia idea yang bagus jika dijadikan lagu, manakala melodinya pula terinspirasi daripada lagu yang dibawakan oleh penyanyi Latin antarabangsa, Rosalía,” katanya.

Tambah Kayda, dia hanya mengambil masa selama empat jam untuk merakam lagu bergenre hip-hop dengan unsur pop, RNB, reggae dan easy-listening serta sing-along ini di dalam dua versi.

“Selain proses rakaman lagu, rakaman MV (video muzik) berlarutan sehingga 20 jam yang memaparkan pelbagai visual dengan tujuh persalinan yang berbeza oleh pereka fesyen terkenal, Gillian Hung, Afiq M dan pereka hiasan kepala, Bremen Wong.

“Fesyen dan muzik sentiasa seiringan dengan saya, saya mahukan sebuah tema yang ceria dan menarik bagi menggambarkan keraian dan kekuatan, segalanya telah dilaksanakan oleh team Black Visuals Production,” tambah Kayda.

Sebagai anak seni, Kayda mahu menjadi artis multi-genre walaupun memulakan kerjayanya dengan muzik hip-hop, kerana kebanyakan lagu-lagu yang dihasilkannya sebelum ini mempunyai unsur, pop, RNB dan juga dansa.

“Sepanjang berada dalam industri muzik, banyak telah saya lalui, antara cabaran yang sering saya hadapi apabila dilaga-lagakan dengan rakan se-industri, manakala sebagai artis hip-hop saya juga turut dibandingkan dengan penyanyi rap lain yang ada di luar sana.

“Sebagai seorang wanita, kami sering berdepan dengan stigma dan mentaliti yang kaum hawa perlu akur kepada lelaki walaupun pintar, berbakat dan bersifat kendiri, ini sedikit sebanyak memberikan tekanan.

“Namun begitu, saya percaya dengan diri sendiri dan sentiasa memperbaiki diri di samping belajar menjadi lebih matang dalam apa jua situasi, anggaplah Len Macam ini metamorfosis saya kepada Kayda yang baharu, semoga lagu ini dapat diterima oleh semua, dan juga kepada seluruh penggemar muzik,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Kisah Peribadi Dalam Dunia Seni Inspirasi Kmy Kmo Hasilkan 21A

Next Post

Aiman, Ziana Jadi Tumpuan | Abang Siti Sarah Tegur Netizen | Kayda Len Macam

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Steve Rogers Kembali Dalam Avengers: Doomsday?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Angelina Jolie Dedah Parut Mastektomi, Tingkat Kesedaran Kanser Payudara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Dakwa Beego Menipu Untuk Elak Hadir Prosiding Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Pengarah Rob Reiner Ditahan Atas Tuduhan Membunuh Ibu Bapa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO Lancar Album Kelapan Dengan Enam Ahli

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd