Usahawan dan personaliti media sosial, Tya Arifin menerima teguran daripada netizen selepas memuat naik beberapa foto di Instagram yang memaparkan bahagian rambutnya.
Dalam salah satu hantaran, Tya yang juga isteri kepada Asyraf Khalid dilihat mengenakan baju putih yang digayakan bersama selendang warna sedondon.

Namun, ketiadaan anak tudung menyebabkan bahagian hadapan rambutnya sedikit kelihatan.
Turut menjadi perhatian warganet ialah satu lagi foto yang jelas menampakkan anak rambut Tya.
Beberapa hantaran tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya, sehingga ramai meninggalkan komen menegur dan meluahkan kekecewaan mereka terhadap penampilan Tya kali ini.
“Semoga gambar ini bukan petanda awak mahu buka tudung,” komen seorang netizen.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengambil pendekatan positif dan mendoakan Tya terus kekal istiqamah.
“Semoga terus diberi kesedaran dan kekal dalam kebaikan, insya-Allah,” komen seorang lagi netizen.
Tya Arifin setakat ini masih belum memberikan sebarang respon balas mengenai teguran tersebut. – BOOM!









