Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Selesai Di KL, Kini Ella Bakal Gegarkan Kota Singa Pula

13/08/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Selesai Di KL, Kini Ella Bakal Gegarkan Kota Singa Pula

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Ratu Rock negara, Ella, yang baharu sahaja selesai membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 9 dan 11 Ogos bakal terbang ke Kota Singa pula bagi menjayakan rencana siri konsert ‘JILID ROCKESTRA ELLA: ROCKERS JUGA MANUSIA (SINGAPURA)’ pada tarikh 12 Oktober 2024 di The Star Theatre, anjuran bersama oleh syarikat penganjur terkemuka, Hitman Solutions dengan RockQueen.

Dua hari Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia di Plenary Hall, KLCC telah mengumpulkan 6,000 peminat untuk menyaksikan Ratu Rock kesayangan mereka membuat persembahan lebih 30 buah lagu.

Kelainan konsert kali ini, Ella bawakan lagu-lagu klasik untuk peminat bersama artis undangan Haziq Rosebi pada hari pertama dan Dayang Nurfaizah untuk hari kedua.

Demi menyahut permintaan daripada peminat-peminat kesayangan Ella di Singapura yang ingin merasai sendiri siri konsert terbaharu ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’, pihak penganjur yang terlibat berhasrat untuk memberikan yang terbaik buat semua bakal penonton yang hadir.

“Saya ingin ke Singapura lagi bagi melepas rindu bersama semua peminat di sana sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka yang tidak berbelah bagi setelah sekian lama,” kata Ella.

Tambahan pula, siri konsert yang lalu ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota (Singapura)’ mendapat sambutan luar biasa dengan jualan tiket yang ‘sold-out’ pada kedua-dua malam konsert tersebut.

Masih mengekalkan khidmat pengarah muzik yang sama, Dato’ Acis dengan barisan pemuzik profesionalnya, Ella juga turut mengekalkan tema solidariti di setiap konsertnya, katanya, “Malam konsert nanti bertemakan rona hitam, putih, merah dan hijau tanda sokongan kita yang tidak henti-henti buat rakyat Palestin.”

Peminat Singapura yang bakal menyaksikan konsert Ella nanti akan disajikan dengan sebuah malam gilang-gemilang dengan susunan lagu-lagu ‘hits’ nyanyian penyanyi rock legendaris tersebut sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, dengan ekspresi unik seni persembahan yang hebat di samping alunan rangkaian paduan muzik dari band dan juga orkestra yang pastinya menjanjikan pengalaman yang berbeza.

“Saya bersyukur di atas izin-Nya dengan nikmat kesihatan dan masih berpeluang menghiburkan ramai orang, gabungan band rock dan orkestra memerlukan banyak usaha dan kerja yang teliti.

“Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik dan jangan lupa dengan janji kita di konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia (Singapura) pada 12 Oktober nanti di The Star Theatre,” pesan Ella.

Selaku penganjur bersama, Rohit Rampal, Pengasas & Ketua Pengarah Eksekutif, Hitman Group berkata, “Ella bukan sahaja Ratu Rock tetapi dia juga Ratu ‘Sold-Out’, dan kami sangat terharu serta bersyukur melihat peminat-peminat Ella yang tidak pernah jemu-jemu menyaksikan persembahan beliau secara langsung.

View this post on Instagram

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

 

“Konsert ini sendiri tercipta di atas permintaan beliau untuk lebih intim bersama peminat-peminatnya, dan lebih ekslusif dengan konsep gabungan rock dan orkestra.

“Kami menjanjikan pengalaman yang istimewa dari segi rekaan pentas, penataan cahaya dan sistem bunyi yang canggih bagi kepuasan semua yang menontonnya.

“Sekali lagi kami berterima kasih di atas peluang kerjasama ini bersama Ella dan pasukannya (RockQueen) untuk penganjuran Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia (Singapura), dan kami komited dalam memberikan pengalaman baru dan unik kepada semua peminat muzik yang menjadi matlamat utama kami, sama ada di dalam mahupun luar negara.” – BOOM!

Previous Post

KRU Studios Perkenal Filem Cicakman Versi Tamil Dengan Teknologi AI

Next Post

Kekasih Luth Mikhail Peluk Islam, Warganet Turut Sebak

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • George Clooney Nekad Tak Cium Wanita Di Set Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Pengarah Rob Reiner Ditahan Atas Tuduhan Membunuh Ibu Bapa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Dakwa Beego Menipu Untuk Elak Hadir Prosiding Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hazwani Helmi Ulas Isu Boikot IPhone

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO Lancar Album Kelapan Dengan Enam Ahli

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Ditunda Tahun Depan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Konsert 2NE1 Di LA Meriah, Tapi Di Mana Park Bom?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd